Yamaha Motor di Thailand (Thai Yamaha Motor) sudah melancarkan model Yamaha PG-1 versi naik taraf dengan harga badan jauh lebih murah berbanding model PG-1 pertama mereka.
Yamaha PG-1 edisi 2025 ini ditawarkan dengan empat pilihan warna di Thailand iaitu jumlah sama seperti tahun 2024 tetapi berbeza warna.
PERBANDINGAN WARNA
Di bawah ini ialah perbandingan warna badan untuk Yamaha PG-1 antara tahun 2025 dan 2024:
WARNA YAMAHA PG-1 (2025)
- Empat warna Yamaha PG-1 yang diperkenalkan tahun ini ialah Blue Glacier (biru), Brown Rockstone (coklat lembut), Gray Misty (kelabu) dan Red Twilight (merah).
WARNA YAMAHA PG-1 (2024)
- Warna Yamaha PG-1 untuk tahun 2024 adalah Chill Blue (biru), Humming Brown (coklat lembut), Vivid Yellow (kuning) dan Cool Black (hitam)
PERBANDINGAN HARGA
- Model Yamaha PG-1 versi naik taraf (V2) yang dilancarkan di Thailand dijual dengan harga 57,500 baht (anggaran RM7,444).
- Harga ini nampaknya lebih rendah berbanding Yamaha PG-1 tahun lalu iaitu sebanyak 64,900 baht (anggaran RM8,400).
- Perbezaan harga ialah 7,400 baht (anggaran RM958).
HARGA TURUN, KUALITI NAIK
Satu perkara yang biasa berlaku ialah apabila harga model kenderaan diturunkan, ada saja komponen atau ciri dikurangkan.
Tapi ini lain pula cerita untuk cub cross Yamaha PG-1 di Thailand. Harga memang turun tapi ciri pada motosikal cub cross itu ditambah baik.
Ada beberapa perubahan dibuat untuk Yamaha PG-1 edisi 2025 (atau Version 2). Ini apa yang ditambah baik untuk cub cross Yamaha:
- Sudah ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk roda depan. Roda belakang masih guna brek dram.
- Saiz brek cakera depan dibesarkan kepada 245mm berbanding model lama 220mm.
- Meter analog ditukar kepada jenis meter digital. Saiz kini lebih kecil dan berbentuk bulat, nampak macam sama seperti meter Yamaha XSR 155.
- Tayar jenama IRC sama tetapi bentuk corak bunga baru jenis blok yang lebih rapat.
- Berat motosikal bertambah 2 kilogram.
SPESIFIKASI LAIN KEKAL
Selain empat perkara di atas, spesifikasi dan ciri lain untuk Yamaha PG-1 kekal sama untuk dua versi tersebut. Ini perbandingan spesifikasi dua generasi Yamaha PG-1 di Thailand:
| Yamaha PG-1 (2025) V2 Thailand | Yamaha PG-1 (2024) V1 Thailand | |
|---|---|---|
| Enjin | 1 silinder SOHC 2-injap | 1 silinder SOHC 2-injap |
| Kapasiti | 114cc | 114cc |
| Kuasa maksimum | - | - |
| Tork maksimum | - | - |
| Bore x Stroke | 50mm x 57.9mm | 50mm x 57.9mm |
| Nisbah mampatan | 9.3 : 1 | 9.3 : 1 |
| Sistem bahan api | EFI | EFI |
| Sistem penyejukan | Sejukan cecair | Sejukan cecair |
| Kotak gear | 4-kelajuan rotari | 4-kelajuan rotari |
| Suspensi depan | Fork teleskopik, travel 130mm | Fork teleskopik, travel 130mm |
| Suspensi belakang | Absober berkembar, travel 109mm | Absober berkembar, travel 109mm |
| Tayar depan | 90/100-16 | 90/100-16 |
| Tayar belakang | 90/100-16 | 90/100-16 |
| Brek depan | Cakera tunggal 245mm | Cakera tunggal 220mm |
| Brek belakang | Dram | Dram |
| Panjang | 1,980mm | 1,980mm |
| Lebar | 805mm | 805mm |
| Tinggi | 1,050mm | 1,050mm |
| Jarak dari bumi | 190mm | 190mm |
| Jarak roda | 1,280mm | 1,280mm |
| Tinggi tempat duduk | 795mm | 795mm |
| Tangki minyak | 5.1 liter | 5.1 liter |
| Berat | 109kg | 107kg |







