Modenas Ninja 500 akan jual dari harga RM28,100? Siap ada juga Ninja 500 SE (RM30,100)

Gandingan Kawasaki-Modenas akan membuahkan satu lagi hasil dengan kedatangan sportbike Ninja 500 ke pasaran Malaysia tak lama lagi.

Kalau tengok gambar dikongsi rakan-rakan pengedar Kawasaki, Ninja 500 ini menggunakan jenama Modenas sebagai pengganti Kawasaki dalam namanya.

Cerita masih sama, pasang dalam kilang Modenas di Gurun dan tukar sticker berjenama Malaysia. Tapi tak apa, hasil pemasangan anak Malaysia dan boleh timba ilmu pelan-pelan.

Modenas Ninja 500 ini akan ditawarkan dengan dua jenis varian iaitu versi Standard dan Special Edition (SE).

Kalau rujuk maklumat dikongsi rakan-rakan pengedar motosikal Kawasaki, ini harga yang akan diumumkan:

  • Ninja 500 (warna hitam) – harga jualan disyorkan RM28,100
  • Ninja 500 SE (hijau dan merah) harga jualan disyorkan RM30,100

Beza harga standard dan SE dalam RM2,000! Maklumat lain menyatakan apa beza Modenas Ninja 500 Standard dan SE iaitu:

  • Versi Ninja 500 Standard menggunakan meter jenis LCD dan anak kunci biasa.
  • Versi Ninja 500 SE menggunakan meter TFT, ada port USB dan kunci keyless KIPPASS (Kawasaki’s Intelligent Proximity Activation Start System)