Yamaha NMAX 125 2024 di pasaran Eropah kini tampil dengan empat pilihan warna menarik iaitu Milky White, Deep Blue, Ruby Red dan Power Grey. Di pasaran UK, harganya ditawarkan sebanyak £3,778.00, bersamaan RM 22,530.26 mengikut kadar semasa. Yamaha NMAX 125 2024 dikuasakan enjin 125cc dengan keluaran maksimum 12.2PS dan tork maksimum 11.2Nm. Di pasaran Malaysia, […]
Month: April 2024
MV Agusta Enduro Veloce 2024 diperkenalkan secara rasmi
Model adventure terbaharu MV Agusta Enduro Veloce 2024 baru-baru ini rasmi diperkenalkan, dengan enjin tiga silinder sebaris bersesaran 931cc. Enjin itu menghasilkan 124hp @ 10,000rpm dengan tork maksimum 102Nm @ 7,000rpm, seterusnya digandingkan dengan sistem transmisi enam kelajuan dan Electronically Assisted Shift (EAS) untuk penukaran gear yang lebih lancar.
Suzuki Burgman Street EX 125 2024 rasmi dilancarkan di Malaysia
Selain Suzuki Avenis 125 2024, sebuah lagi model skuter terbaharu yang dilancarkan baru-baru ini untuk pasaran Malaysia ialah Suzuki Burgman Street EX 125 2024. Hadir dengan dua pilihan warna menarik iaitu Pearl Moon Stone Gray dan Metallic Mat Black, harga jualan asasnya ialah sebanyak RM 7,500.00 sahaja (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Suzuki Avenis 125 2024 kini rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia
Suzuki Malaysia kini rasmi melancarkan model skuter terbaharu Suzuki Avenis 125 2024, untuk pasaran tempatan. Tiga pilihan warna tersedia iaitu Metallic Sonic Silver / Triton Blue GP Edition dengan harga asas sebanyak RM 7,200.00, dan Metallic Matte Fibroin Grey / Metallic Lush Green dan Metallic Matte Black / Glass Sparkle Black, dengan harga asas RM […]
SYM Husky ADV 300 2024 kini ditawarkan di pasaran China
Model skuter terbaharu SYM Husky ADV 300 2024 kini rasmi ditawarkan di pasaran China, pada harga CNY 31,800.00, bersamaan nilai RM 20,883.99 (kadar semasa). Untuk pasaran Eropah, ianya dikenali dengan nama SYM ADX 300 2024. SYM Husky ADV 300 dilengkapi enjin 278cc (water-cooled, four-valve) yang menjana 25.46hp @ 8,000rpm dan tork 26Nm @ 6,000rpm.
Model baharu LETEN 190 bakal dilancarkan di pasaran China
LETEN merupakan sebuah jenama baharu di dalam industri pengeluaran motosikal di negara China. Baru-baru ini syarikat tersebut telah mempamerkan sebuah model terbaharu keluarannya iaitu LETEN 190, yang diinspirasikan daripada model Honda CT125 Hunter Cub. Dari segi gaya rekaan, LETEN 190 tampil lebih menarik dan canggih, di samping memiliki enjin lebih besar.






