MV Agusta Enduro Veloce 2024 diperkenalkan secara rasmi

Model adventure terbaharu MV Agusta Enduro Veloce 2024 baru-baru ini rasmi diperkenalkan, dengan enjin tiga silinder sebaris bersesaran 931cc. Enjin itu menghasilkan 124hp @ 10,000rpm dengan tork maksimum 102Nm @ 7,000rpm, seterusnya digandingkan dengan sistem transmisi enam kelajuan dan Electronically Assisted Shift (EAS) untuk penukaran gear yang lebih lancar.

Selain itu ianya turut dilengkapi sistem 6-axis IMU, Full Ride by Wire, empat mod tunggangan iaitu Urban, Touring, Off-Road dan Custom All-Terrain, Traction Control, Cornering ABS, Cruise Control, dan panel HD TFT bersaiz 7.0 inci dengan sistem sambungan Bluetooth dan Wi-Fi. Kapasiti tangki bahan api 20 liter, manakala tinggi tempat duduk standard pada paras 870 mm.