Suzuki Malaysia kini rasmi melancarkan model skuter terbaharu Suzuki Avenis 125 2024, untuk pasaran tempatan. Tiga pilihan warna tersedia iaitu Metallic Sonic Silver / Triton Blue GP Edition dengan harga asas sebanyak RM 7,200.00, dan Metallic Matte Fibroin Grey / Metallic Lush Green dan Metallic Matte Black / Glass Sparkle Black, dengan harga asas RM 6,980.00.
Suzuki Avenis 125 2024 dikuasakan enjin SEP (Suzuki Eco Performance) bersesaran 124.3cc (SOHC, 2-valve, air-cooled), seterusnya dipadankan dengan sistem transmisi CVT. Keluaran maksimumnya 8.7PS @ 6,750rpm dengan tork 10Nm @ 5,500rpm. Untuk maklumat lebih lanjut dan juga paparan lebih banyak galeri gambar, anda boleh membaca artikel terdahulu di sini.