LETEN merupakan sebuah jenama baharu di dalam industri pengeluaran motosikal di negara China. Baru-baru ini syarikat tersebut telah mempamerkan sebuah model terbaharu keluarannya iaitu LETEN 190, yang diinspirasikan daripada model Honda CT125 Hunter Cub. Dari segi gaya rekaan, LETEN 190 tampil lebih menarik dan canggih, di samping memiliki enjin lebih besar.