LETEN merupakan sebuah jenama baharu di dalam industri pengeluaran motosikal di negara China. Baru-baru ini syarikat tersebut telah mempamerkan sebuah model terbaharu keluarannya iaitu LETEN 190, yang diinspirasikan daripada model Honda CT125 Hunter Cub. Dari segi gaya rekaan, LETEN 190 tampil lebih menarik dan canggih, di samping memiliki enjin lebih besar.
Enjin 190cc (water-cooled, 4-valve, DOHC) itu dipadankan dengan sistem transmisi jenis CVT, dengan kuasa maksimum 20.1hp @ 8,250rpm dan tork 18Nm @ 6,250rpm. Tangki bahan api 10 liter, tinggi tempat duduk 780 mm, kunci pintar, panel meter TFT, sistem lampu LED, ABS Dual Channel, TCS, dan sensor tekanan tayar antara yang melengkapkan spesifikasi menariknya.
Sumber : 58moto.com