Di pasaran Jepun, Kawasaki Eliminator 400 2023 diperkenalkan secara rasmi pada bulan Mac 2023. Kini model tersebut telah diperkenalkan untuk musim seterusnya, tetapi bukan lagi untuk musim 2024, sebaliknya melangkah terus ke musim 2025. Lebih menarik, Kawasaki Eliminator 400 2025 itu kini diperkenalkan dalam tiga varian iaitu Standard, Plaza Edition dan SE.
Month: February 2024
Husqvarna Svartpilen 125 2024 dan Husqvarna Vitpilen 125 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah
Khusus untuk pasaran Eropah, Husqvarna Motorcycles baru-baru ini rasmi memperkenalkan dua model terbaharu keluarannya iaitu Husqvarna Svartpilen 125 2024 dan Husqvarna Vitpilen 125 2024. Kedua-dua model itu melengkapkan barisan model Svartpilen 250, Vitpilen 250, Svartpilen 401, dan Vitpilen 401, yang turut diperkenalkan bersama-sama baru-baru ini.
QJ Motor LTR 150 2024 kini mula ditawarkan di pasaran Malaysia
Sebelum ini, QJ Motor Malaysia dijangka akan melancarkan model skuter baharu QJ Motor LTR 125 2024, untuk pasaran tempatan. Namun sebenarnya model yang akan dilancarkan itu ialah QJ Motor LTR 150 2024. Setakat ini beberapa wakil pengedar rasmi, termasuklah Sendayan Motor, telah pun mempromosikan model skuter tersebut di laman sosial masing-masing.
Yamaha XSR900 2024 ditawarkan di pasaran USA, harga $10,299.00
Selain model Yamaha XSR700 2024, sebuah lagi model Sport Heritage yang ditawarkan untuk pasaran USA ialah Yamaha XSR900 2024. Model naked dengan gaya klasik moden itu hanya tampil dengan satu skim pilihan warna menarik, berasaskan warna putih, merah dan keemasan. Harganya pula ialah sebanyak $10,299.00, bersamaan nilai RM 49,394.00 (kadar semasa).
Yamaha XSR700 2024 ditawarkan di pasaran USA, harga $8,899.00
Untuk pasaran USA, salah sebuah model Sport Heritage yang ditawarkan pada ketika ini ialah Yamaha XSR700 2024. Model berkenaan hanya tersedia dengan satu pilihan warna sahaja, iaitu berasaskan skim warna hitam dan emas yang menawan. Harga jualannya ditetapkan sebanyak $8,899.00, bersamaan nilai RM 42,652.91 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
QJ Motor Malaysia siarkan imej ‘teaser’ model skuter terbaharu, adakah ianya QJ Motor LTR 125?
QJ Motor Malaysia baru-baru ini telah menyiarkan sekeping imej ‘teaser’ sebuah model skuter terbaharu, melalui laman Facebook rasmi di QJ Motor – Malaysia. Setakat ini belum dapat dipastikan dengan jelas model apakah yang bakal dilancarkan itu. Namun sekali pandang, ianya mungkin model skuter QJ Motor LTR 125 yang ketika ini turut ditawarkan di pasaran Eropah.






