Khusus untuk pasaran Eropah, Husqvarna Motorcycles baru-baru ini rasmi memperkenalkan dua model terbaharu keluarannya iaitu Husqvarna Svartpilen 125 2024 dan Husqvarna Vitpilen 125 2024. Kedua-dua model itu melengkapkan barisan model Svartpilen 250, Vitpilen 250, Svartpilen 401, dan Vitpilen 401, yang turut diperkenalkan bersama-sama baru-baru ini.
Svartpilen 125 dan Vitpilen 125, walaupun kedua-duanya dilengkapi enjin yang lebih kecil iaitu bersesaran hanya 125cc, namun spesifikasi lain adalah setara dengan model Svartpilen 401 dan Vitpilen 401. Manakala bagi model Svartpilen 250 dan Vitpilen 250, spesifikasinya lebih rendah, mungkin kerana pasaran model tersebut yang lebih tertumpu untuk pasaran di benua Asia.
Di bawah berikut ialah persamaan dan perbezaan spesifikasi di antara ketiga-tiga model Svartpilen dan Vitpilen, bagi ketiga-tiga segmen 125, 250 dan 401, untuk musim 2024 ini :
- New frame and swingarm that accommodate the new engine with off-centre rear suspension
- New 5” bonded glass TFT display (5″LCD display on Svartpilen 250)
- Open cartridge front fork (big piston fork on Svartpilen 250)
- A premium paint finish with overcoated decals
- Low seat height of 820 mm
- Cornering ABS (dual-channel ABS on Svartpilen 250)
- Easy Shift and connectivity features as standard
- LED headlight with positioning light ring (without positioning light ring for Svartpilen 250)
- Spoked 17” wheels with premium Pirelli Scorpion Rally STR tyres (Svartpilen 125 and Svartpilen 401)
- Cast aluminium 17″ wheels with 6-spoke aero design and premium Michelin Power 6 tyres (Vitpilen 125 and Vitpilen 401)
Dari segi penampilan dan rekaannya, Husqvarna Svartpilen 125 2024 dan Husqvarna Vitpilen 125 2024 kini tampil lebih sporty dan lebih moden. Kedua-duanya turut dilengkapi enjin baharu yang menjana kuasa maksimum 15hp, serta patuh piawaian emisi Euro 5+. Menurut Husqvarna Motorcycles, siri Svartpilen dan Vitpilen akan berada di pasaran bermula bulan Februari 2024.
Galeri : Husqvarna Svartpilen 125 2024
Galeri : Husqvarna Vitpilen 125 2024