Pada musim yang lepas, Honda Super Cub C125 2023 di pasaran Jepun telah diperkenalkan dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Pearl Cadet Gray, Matte Axis Gray Metallic dan Pearl Nebula Red. Terkini, model kapcai tersebut bagi model tahun 2024 telah diperkenalkan baru-baru ini, dengan satu pilihan warna baharu yang lebih menarik iaitu Pearl Bosphorus Blue.
Month: February 2024
Honda Grom 2024 berwajah baharu diperkenalkan di pasaran Jepun
Pada bulan Disember 2023 yang lepas, Honda Grom 2024 yang kini berwajah baharu dengan rasminya diperkenalkan di pasaran Thailand. Kini model tersebut diperkenalkan pula di pasaran Jepun, dengan dua pilihan warna menarik iaitu Pearl Horizon White dan Matte Gunpowder Black Metallic. Harga jualannya pula ialah sebanyak 390,500 Yen, bersamaan RM 12,368.31.
Yamaha Vino 2024 diperkenalkan dengan tiga pilihan warna baharu di pasaran Jepun
Model skuter Yamaha Vino 2024 baru saja diperkenalkan di pasaran Jepun, dan jualannya akan bermula secara rasmi pada tarikh 29hb. Februari 2024. Untuk musim 2024, model tersebut kini tampil dengan tiga pilihan warna baharu iaitu Red, Matte Blue dan Light Blue, di samping tiga pilihan warna terdahulu iaitu Beige, Brown dan Black, daripada model tahun […]
CFMOTO 450SR S 2024 tiba di pasaran Eropah, harga GBP 6,499.00
Pada tahun lepas, model sport bike terbaharu CFMOTO 450SR S dengan rasminya dilancarkan di pasaran China. Kini untuk tahun 2024, model tersebut telah pun dilancarkan di pasaran Eropah, antaranya termasuklah di pasaran UK. Untuk pasaran UK, harga jualan yang ditawarkan ialah sebanyak GBP 6,499.00, bersamaan nilai RM 39,384.63 mengikut kadar semasa.
Kemaskini warna baharu untuk Honda Rebel 1100 2024 dan Honda Rebel 1100 T 2024 di pasaran Jepun
Pada bulan Januari 2024 yang lepas, Honda di pasaran Jepun telah mengumumkan kemaskini warna baharu untuk dua model cruiser keluarannya iaitu Honda Rebel 1100 2024 dan Honda Rebel 1100 T 2024. Pertama ialah untuk Rebel 1100 (Manual & Dual Clutch Transmission), di mana kerangka pada model tersebut kini telah ditukar kepada warna baharu Matte Black.
QJ Motor LTR150 2024 dilancarkan di Malaysia, harga RM 8,888.00
QJ Motor Malaysia (MForce Bike Holdings Sdn.Bhd.) pada hari ini secara rasminya melancarkan sebuah model skuter terbaharu, yang diberi nama QJ Motor LTR150 2024. Model berkenaan didatangkan dengan empat pilihan warna menarik iaitu Mint Green, Lime Creme, Sky Blue dan Carnation Pink. Harga jualan asasnya pula ditawarkan sebanyak RM8,888.00 sahaja.






