Yamaha XSR900 2024 ditawarkan di pasaran USA, harga $10,299.00

Selain model Yamaha XSR700 2024, sebuah lagi model Sport Heritage yang ditawarkan untuk pasaran USA ialah Yamaha XSR900 2024. Model naked dengan gaya klasik moden itu hanya tampil dengan satu skim pilihan warna menarik, berasaskan warna putih, merah dan keemasan. Harganya pula ialah sebanyak $10,299.00, bersamaan nilai RM 49,394.00 (kadar semasa).

Yamaha XSR900 2024 ketika ini masih mengekalkan spesifikasi terdahulu seperti mana model sebelumnya. Antaranya enjin 890cc (CP3, 4-valves, 3-cylinder, liquid-cooled, DOHC) dengan prestasi 119PS @ 10,000rpm dan tork 93Nm @ 7,000rpm. Enjin itu kemudiannya dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan, Assist & Slipper Clutch dan Quick Shift System (QSS).

Selanjutnya, model tersebut dilengkapi tangki bahan api 14 liter, fork depan USD daripada KYB dengan ciri boleh laras sepenuhnya, suspensi belakang link-type daripada KYB yang juga boleh dilaraskan, brek cakera depan berkembar 298 mm dengan Brembo Master Cylinder, sistem ABS, paparan panel meter TFT 3.5 inci berwarna sepenuhnya, dan sistem lampu LED sepenuhnya.

Yamaha XSR900 2024 turut dilengkapi dengan pelbagai sistem elektronik yang canggih, seperti Cruise Control, unit 6-axis Inertial Measurement Unit (IMU) yang mengawal Lean Sensitive Traction Control System, Slide Control System (SCS) dan front Wheel Lift Control System (LIF), Brake Control, D-Mode dengan empat pilihan mod enjin, dan juga sistem ride by wire Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T) dengan sistem Acceleration Position Sensor Grip (APSG).

Beralih ke bahagian roda, Yamaha XSR900 2024 menggunakan rim aluminium (Lightweight SpinForged Wheels) yang ringan dan eksklusif, dengan tayar dalam siri 120/70-R17 dan 180/55-R17. Tinggi tempat duduknya berada pada paras 810 mm, jarak kelegaan bumi minimum 140 mm, jarak roda 1,495 mm, dan berat model berkenaan mencapai angka 193 kg (wet weight).