Husqvarna Motorcycles kini rasmi memperkenalkan model baharu Husqvarna Svartpilen 801 2024. Enjinnya 799cc (parallel-twin, DOHC) dengan keluaran 105hp dan tork 87Nm, seterusnya dipadankan transmisi enam kelajuan, Power Assist Slipper Clutch (PASC) dan juga Easy Shift.
Category: Husqvarna Motorcycles
Husqvarna Svartpilen 125 2024 dan Husqvarna Vitpilen 125 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah
Khusus untuk pasaran Eropah, Husqvarna Motorcycles baru-baru ini rasmi memperkenalkan dua model terbaharu keluarannya iaitu Husqvarna Svartpilen 125 2024 dan Husqvarna Vitpilen 125 2024. Kedua-dua model itu melengkapkan barisan model Svartpilen 250, Vitpilen 250, Svartpilen 401, dan Vitpilen 401, yang turut diperkenalkan bersama-sama baru-baru ini.
Husqvarna Vitpilen 401 2024 generasi baharu diperkenalkan
Selain model Husqvarna Svartpilen 401 2024, turut diperkenalkan baru-baru ini ialah model kembarnya Husqvarna Vitpilen 401 2024. Kedua-dua model itu dilengkapi enjin 399cc yang sama bertaraf Euro 5+, dengan kuasa maksimum 45hp. Spesifikasi lain juga adalah sama, termasuklah transmisi enam kelajuan, Easy Shift, PASC anti-hopping clutch, MTC (Motorcycle Traction Control), Ride Modes (Street and Rain), […]
Husqvarna Svartpilen 401 2024 generasi baharu diperkenalkan
Husqvarna Motorcycles baru-baru ini turut memperkenalkan model Husqvarna Svartpilen 401 2024, sebagai pengganti kepada model generasi sebelumnya. Reka bentuknya sama seperti Husqvarna Svartpilen 250 2024, namun dengan enjin 399cc (single cylinder, 45hp) yang lebih berkuasa. Sistem transmisinya enam kelajuan, lengkap dengan teknologi klac Easy Shift.
Husqvarna Vitpilen 250 2024 generasi baharu diperkenalkan
Sama seperti Husqvarna Svartpilen 250 2024, Husqvarna Vitpilen 250 2024 generasi baharu turut diperkenalkan baru-baru ini. Terdapat beberapa perbezaan di antara dua model tersebut, antaranya melibatkan handlebar, rear grab bar, visor lampu depan, mudguard tayar depan, dan juga jenis tayar. Enjinnya bersesaran 249.1cc dengan kuasa 31hp, dan bertaraf Euro 5+.
Husqvarna Svartpilen 250 2024 generasi baharu diperkenalkan
Husqvarna Motorcycles baru-baru ini rasmi memperkenalkan Husqvarna Svartpilen 250 2024 generasi baharu, yang kini tampil berbeza berbanding model sebelumnya. Model tersebut juga dilengkapi enjin dan casis baharu, di samping teknologi termaju. Enjinnya bersesaran 249.1cc (single-cylinder, liquid-cooled) dengan kuasa 31hp, serta patuh piawaian emisi Euro 5+.