Italjet Dragster 559 Twin 2024 dijangka masuk ke pasaran Malaysia

Di EICMA 2023 yang berlangsung pada bulan November yang lepas, Italjet dengan rasminya telah mempamerkan model skuter terbaharu iaitu Italjet Dragster 559 Twin 2024.

Model tersebut diasaskan daripada model konsep Italjet Dragster 500GP, serta tampil dengan gaya rekaan unik dan luar biasa. Ianya juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden.

Di bahagian enjin, Italjet Dragster 559 Twin dikuasakan enjin bersesaran 550cc (twin-cylinder, 4-stroke, 8-valve, liquid-cooled, DOHC) dengan padanan transmisi manual enam kelajuan.

Kuasa maksimum yang terhasil mencapai 58.33hp @ 8,500rpm dengan tork maksimum 55Nm @ 6,500rpm. Tangki bahan apinya berkapasiti 16 liter, dan berat kering hanya 180 kg.

Spesifikasi menarik lainnya seperti fork depan USD, suspensi belakang monoshock boleh laras, sistem brek Brembo, dan tayar bersaiz 120/70-R15 (depan) dan 160/60-R15 (belakang).

Italjet Dragster 559 Twin 2024 dijadualkan tiba di pasaran Eropah bermula tahun depan, dengan harga jualan kompetetif. Untuk pasaran Malaysia, adakah ianya juga akan dilancarkan?

Setakat ini di pasaran Malaysia, Italjet Dragster 125 dan Italjet Dragster 200 telah dilancarkan pada tahun 2022, oleh pengedar rasmi Italjet di Malaysia iaitu Chear Global Sdn. Bhd.

Oleh itu dijangkakan model terbaharu Italjet Dragster 559 Twin 2024 ini akan turut dilancarkan di pasaran tempatan. Namun tarikh rasmi ketibaannya nanti masih belum dapat dipastikan.