Category: Italjet

Italjet Dragster 500GP Concept diperkenalkan di EICMA 2022, di pasaran mulai tahun 2024

Italjet telah membuat kejutan dengan memperkenalkan model konsep serba baharu Italjet Dragster 500GP, di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2022, di Milan, Itali. Menariknya model tersebut bakal masuk ke barisan produksi selepas ini, dan akan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2024. Adakah ianya juga akan masuk ke pasaran Malaysia selepas Dragster 125 dan Dragster 200?

Italjet Dragster 125 dan Dragster 200 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas bermula dari RM 29,500.00

2022 Italjet Dragster

Pengedar rasmi skuter berjenama Italjet di pasaran Malaysia, Chear Global Sdn. Bhd. pada hari ini telah melancarkan model Italjet Dragster 125 2022 dan Italjet Dragster 200 2022. Kedua-dua model skuter tersebut tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Anthracite White Red, Anthracite Yellow dan Black Grey. Harga jualan asas yang ditawarkan adalah seperti berikut :