Web Analytics
Italjet Dragster 500GP Concept diperkenalkan di EICMA 2022, di pasaran mulai tahun 2024 – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Italjet Dragster 500GP Concept diperkenalkan di EICMA 2022, di pasaran mulai tahun 2024

Italjet telah membuat kejutan dengan memperkenalkan model konsep serba baharu Italjet Dragster 500GP, di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2022, di Milan, Itali. Menariknya model tersebut bakal masuk ke barisan produksi selepas ini, dan akan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2024. Adakah ianya juga akan masuk ke pasaran Malaysia selepas Dragster 125 dan Dragster 200?

Dari segi penampilan, Italjet Dragster 500GP versi konsep ini ternyata sangat memukau, kelihatan begitu sporty dan agresif dari segenap sudut. Menurut Italjet, model hyperscooter ini berada dalam segmen baharu yang diberi nama Urban Geared. Setakat ini, spesifikasi teknikal yang diumumkan untuk model berkenaan adalah sangat impresif, dan bakal memenuhi citarasa semua peminatnya.

Italjet Dragster 500GP dikuasakan enjin dalam sesaran 450cc (Single Cylinder, 4 strokes, 4 valves, liquid cooled – Double overhead camshaft DOHC), dengan transmisi enam kelajuan, multi-disc wet clutch dan rantai sebagai pemacu akhirnya. Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin itu mencapai 43hp @ 8,000rpm, dengan tork maksimumnya berada pada paras 43Nm @ 6,000rpm.

Spesifikasi lain yang melengkapinya termasuklah fork upside-down 47mm, suspensi belakang jenis double hydro-pneumatic adjustable, serta brek cakera depan berkembar 270 mm dan brek cakera belakang 230 mm dengan kaliper Brembo, lengkap dengan ABS. Ketinggian tempat duduknya ialah 820 mm, kapasiti tangki bahan api 12 liter, dan berat kering model hyperscooter itu hanya 180 kg.

 
Arena Motosikal © 2023