Selepas model cruiser Zontes 350S 2022, pasaran China seterusnya menerima model skuter maxi terbaharu Zontes 350M 2022. Tampil dengan empat pilihan warna menarik, harga yang ditawarkan adalah sebanyak CNY 28,800, bersamaan RM 17,957.32 (kadar semasa). Zontes 350M dilengkapi enjin 349cc (single cylinder, liquid cooled, SOHC, Bosch EFI) dengan transmisi automatik CVT.
Month: November 2022
Yamaha XMAX Connected 2023 kini di pasaran Thailand, harga jualan bersamaan RM 23,953.44
Pasaran Thailand hari ini dengan rasminya menerima pelancaran Yamaha XMAX Connected 2023 versi facelift terbaharu, dengan lima pilihan warna yang menarik. Model tersebut ditawarkan dengan harga THB 189,900, bersamaan RM 23,953.44 (nilai semasa). Sementara itu di pasaran Indonesia, versi yang ditawarkan pada awal bulan November 2022 yang lepas ialah versi dengan enjin 250cc.
Model kapcai bergaya retro Solar Groove 125 2023 diperkenalkan di pasaran Thailand
Solar Thailand baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah model kapcai bergaya retro yang cukup menarik, dikenali dengan nama Solar Groove 125 2023. Model tersebut mempunyai empat pilihan warna kesemuanya, namun harga jualannya setakat ini belum diumumkan. Di bahagian enjin, ianya turut dilengkapi enjin 125cc dengan kotak gear empat kelajuan dan sistem bahan api karburetor.
Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition 2023 di pasaran USA, harga jualan bermula dari $10,999.00
Selain daripada dua pilihan warna standard, Kawasaki Ninja ZX-6R 2023 untuk pasaran USA turut ditawarkan dengan skim warna KRT Edition (Lime Green/Ebony) versi terkini yang lebih menyerlah. Harga jualan yang ditawarkan bermula dari $10,999.00 (RM 49,358.01) untuk varian Non-ABS, dan $11,999.00 (RM 53,845.51) untuk varian ABS. Spesifikasi teknikalnya pula tiada perubahan terkini.
Yamaha Tracer 9 2023 terima pilihan warna baharu Midnight Black
Jentera sport touring Yamaha Tracer 9 2023 kini diperkenalkan di pasaran Eropah dengan pilihan warna terbaharu Midnight Black, di samping warna terdahulu Redline. Spesifikasi lain adalah kekal sama, seperti enjin 890cc (Liquid-cooled, 4-stroke, 4-valves, 3-cylinder, DOHC) yang menghasilkan 119PS @ 10,000rpm dengan tork 93Nm @ 7,000rpm, dan dipadankan transmisi enam kelajuan.
Zontes 350S 2022 dilancarkan di pasaran China, harga bersamaan RM 14,858.79
Zontes baru-baru ini rasmi melancarkan model cruiser terbaharu Zontes 350S 2022 untuk pasaran China. Boleh didapati dalam dua pilihan warna, harga untuk model berkenaan ditetapkan sebanyak CNY 23,800, bersamaan nilai RM 14,858.79 (kadar semasa). Zontes 350S dikuasakan enjin 348cc (single cylinder, liquid cooled, DOHC, Bosch EFI) dengan transmisi 6-kelajuan dan slipper clutch.






