Solar Thailand baru-baru ini turut melancarkan sebuah lagi model kapcai terbaharu, yang diberikan nama Solar Groove Cross 2023. Dari segi penampilan, model tersebut pastinya mampu ditunggang di jalan-jalan yang tidak berturap atau di jalan ladang dengan mudah. Bagaimanapun untuk pemilik yang hanya mahu bergaya, kekemasan dan gaya retro, model tersebut sememangnya menarik.
Category: Solar Thailand
Model kapcai bergaya retro Solar Groove 125 2023 diperkenalkan di pasaran Thailand
Solar Thailand baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah model kapcai bergaya retro yang cukup menarik, dikenali dengan nama Solar Groove 125 2023. Model tersebut mempunyai empat pilihan warna kesemuanya, namun harga jualannya setakat ini belum diumumkan. Di bahagian enjin, ianya turut dilengkapi enjin 125cc dengan kotak gear empat kelajuan dan sistem bahan api karburetor.
Model kapcai terbaharu Solar Proud 125 2023 diperkenalkan di pasaran Thailand
Solar Thailand merupakan pengeluar motosikal baharu di pasaran Thailand. Salah satu model yang diperkenalkan hari ini ialah model kapcai terbaharu Solar Proud 125 2023, dengan rekaannya mirip model Honda EX5. Model tersebut memiliki enjin berkapasiti 123.7cc dengan sistem karburetor dan kotak gear empat kelajuan. Kuasa maksimumnya 8.0hp @ 8,000rpm dan tork 8.8Nm @ 6,000rpm.



