Solar Thailand baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah model kapcai bergaya retro yang cukup menarik, dikenali dengan nama Solar Groove 125 2023. Model tersebut mempunyai empat pilihan warna kesemuanya, namun harga jualannya setakat ini belum diumumkan. Di bahagian enjin, ianya turut dilengkapi enjin 125cc dengan kotak gear empat kelajuan dan sistem bahan api karburetor.
Enjin berkenaan didapati sama seperti yang digunakan pada modelĀ Solar Proud 125 2023, dengan kuasa maksimumnya sebanyak 8.0hp @ 8,000rpm dan tork 8.8Nm @ 6,000rpm. Turut melengkapi model kapcai retro itu ialah tangki petrol 3.5 liter, fork depan teleskopik, penyerap hentak belakang berkembar, dan rim berjejari. Menarik juga kalau model ini turut dilancarkan di pasaran Malaysia.