Solar Thailand merupakan pengeluar motosikal baharu di pasaran Thailand. Salah satu model yang diperkenalkan hari ini ialah model kapcai terbaharu Solar Proud 125 2023, dengan rekaannya mirip model Honda EX5. Model tersebut memiliki enjin berkapasiti 123.7cc dengan sistem karburetor dan kotak gear empat kelajuan. Kuasa maksimumnya 8.0hp @ 8,000rpm dan tork 8.8Nm @ 6,000rpm.
Month: November 2022
Daytona Virtus 250 2023 di pasaran Greece, harga RM 21,031.55
Untuk pasaran Malaysia, model skuter kembara WMoto Xtreme 250 2023 akan dilancarkan secara rasmi pada bulan depan. Sementara itu di pasaran Greece, model tersebut telah dilancarkan baru-baru ini dan dikenali dengan nama Daytona Virtus 250 2023. Harga jualannya ditetapkan sebanyak € 4,495, bersamaan RM 21,031.55, dan akan tiba di pasaran secara rasmi mulai Januari 2023.
Kawasaki Z900RS SE 2023 tampil sporty dengan warna menarik dan naik taraf premium
Salah sebuah model Kawasaki yang ditawarkan di pasaran Malaysia ialah Kawasaki Z900RS 2022, dengan harga asas RM 63,800.00. Sementara itu di pasaran Eropah, model bergaya retro itu tampil dalam versi SE dengan skim warna Metallic Diablo Black yang menarik, selain didatangkan dengan beberapa naik taraf premium seperti fork depan keemasan 41 mm dan suspensi belakang […]
Honda Forza 125 Special Edition 2023 tampil lebih sporty dan elegan
Selain daripada versi standard Honda Forza 125 2023, pasaran Eropah turut menerima versi yang lebih sporty dan elegan iaitu Honda Forza 125 Special Edition 2023. Bagi model istimewa tersebut, ianya didatangkan dalam satu pilihan warna Matt Cynos Gray Metallic dengan rim berwarna merah, di samping tempat duduk dengan jahitan, panel meter dengan bulatan berwarna merah, footpegs […]
CFMOTO 700CL-X Adventure 2022 kini di pasaran Australia, harga $11,990.00
Di pasaran Malaysia, CFMOTO menawarkan model CFMOTO 700CL-X Heritage, pada harga asas RM 28,800.00. Tidak lama lagi, pasaran Malaysia juga akan menerima kehadiran model CFMOTO 700CL-X Sport, namun tarikh pelancaran rasminya belum diketahui. Sementara itu model CFMOTO 700CL-X Adventure 2022 baru-baru ini dilancarkan di pasaran Australia, dengan harga $11,990.00.
Benelli Tornado Naked T 125 2023 tampil dengan empat pilihan warna menarik
Model mini fun-bike Benelli Tornado Naked T 125 kini telah pun sampai ke musim 2023 di pasaran Eropah, dengan empat pilihan warna menarik White, Grey, Flash Green dan Black. Ianya dilengkapi enjin 125cc (single cylinder, 4 stroke, air cooled, 4 valves, twin spark) yang menjana prestasi 11.1hp @ 9,500rpm dengan tork 10Nm @ 7,000rpm. Sistem […]






