Selepas dilancarkan secara rasmi di pasaran Indonesia, Thailand dan juga Filipina, model skuter terbaharu Honda ADV160 2023 kini rasmi diperkenalkan di pasaran Jepun. Tampil dengan tiga pilihan warna menarik Matt Dahlia Red Metallic, Pearl Smoky Grey dan Matt Gunpowder Black Metallic, harga jualannya di pasaran Jepun ialah 473,000 Yen, bersamaan RM 15,145.76.
Month: October 2022
Suzuki V-Strom 250 SX 2022 dilancarkan di pasaran Filipina, harga RM 18,669.01
Model adventure terbaharu Suzuki V-Strom 250 SX 2022 secara rasminya dilancarkan di pasaran Filipina hari ini. Dua pilihan warna ditawarkan untuk model tersebut iaitu Champion Yellow dan Glass Sparkle Black, manakala harga jualannya ditetapkan sebanyak PHP 229,000, bersamaan nilai RM 18,669.01 mengikut kadar mata wang semasa.
Yamaha XMAX 300 2023 diperkenalkan di pasaran Eropah dengan gaya baharu yang lebih dinamik
Yamaha Motor Europe pada kelmarin dengan rasminya memperkenalkan Yamaha XMAX 300 2023, kini tampil dengan gaya rekaan serba baharu yang lebih dinamik. Untuk pasaran Eropah, model skuter maxi itu boleh didapati dalam dua pilihan warna menarik iaitu Icon Blue dan Sonic Grey, dan ianya akan berada di pasaran secara rasmi mulai bulan Mac 2023 akan […]
Suzuki Avenis 125 2023 akan tiba di pasaran Eropah mulai awal tahun depan
Pada tarikh 04hb. Oktober 2022 yang lepas, Suzuki telah mengumumkan ketibaan model skuter terbaharu Suzuki Avenis 125 2023 untuk pasaran Eropah. Model tersebut akan ditawarkan kepada pelanggan secara rasmi mulai awal tahun depan, dalam dua pilihan warna menarik iaitu Pearl Mirage White / Metallic Matt Fibroin Grey dan Metallic Matt Fibroin Grey / Metallic Lush […]
Yamaha MT-07 2023 terima naik taraf skrin TFT, sistem sambungan dan bersedia untuk quickshifter
Yamaha Motor Europe baru-baru ini telah memperkenalkan Yamaha MT-07 2023 untuk pasaran Eropah, dalam tiga pilihan warna iaitu Cyan Storm, Icon Blue dan Tech Black. Di samping itu, model naked tersebut kini telah menerima beberapa naik taraf terkini seperti skrin TFT 5.0 inci berwarna sepenuhnya dan sistem sambungan dengan aplikasi MyRide.
Yamaha RXZ Catalyzer 2006 terjual dengan harga RM 63k tunai (Pakej GTO Orimoto)
Nampaknya demam Yamaha RXZ berharga kayangan masih belum kebah. Terkini sebuah model Yamaha RXZ Catalyzer model tahun 2006 telah berjaya dijual dengan harga tunai sebanyak RM 63k. Harga jualan tersebut dikatakan termasuk “Pakej GTO Orimoto” yang pastinya menambahkan lagi nilainya di mata pembeli dan pencinta barangan berstatus ‘rare’.






