Honda ADV160 2023 kini rasmi diperkenalkan di pasaran Jepun, harga bersamaan RM 15,145.76

Selepas dilancarkan secara rasmi di pasaran Indonesia, Thailand dan juga Filipina, model skuter terbaharu Honda ADV160 2023 kini rasmi diperkenalkan di pasaran Jepun. Tampil dengan tiga pilihan warna menarik Matt Dahlia Red Metallic, Pearl Smoky Grey dan Matt Gunpowder Black Metallic, harga jualannya di pasaran Jepun ialah 473,000 Yen, bersamaan RM 15,145.76.

Untuk pasaran domestik Jepun, Honda ADV160 2023 ini hanya akan mula berada di pasaran secara rasmi mulai tarikh 26hb. Januari 2023. Dikuasakan enjin 156cc (4-stroke, 4-valve, SOHC, liquid-cooled, eSP+), ianya patuh piawaian emisi terkini dan menjana kuasa maksimum 16PS @ 8,500rpm dengan tork 15Nm @ 6,500rpm. Sistem transmisinya ialah automatik V-Matic.

Turut melengkapinya ialah sistem penghidup ACG Starter, Idling Stop System, HSTC (Honda Selectable Torque Control), Honda Smart Key, soket pengecas USB Type-A, skrin penghadang angin baharu yang lebih besar dengan dua talaan ketinggian, paparan panel meter digital LED sepenuhnya, ruang storan seluas 29 liter di bawah tempat duduk, dan tangki bahan api 8.1 liter.

Spesifikasi menarik lain pada skuter adventure itu termasuklah sistem lampu LED dengan ESS (Emergency Stop Signal), sistem brek cakera dengan ABS Single Channel, suspensi belakang berkembar dengan subtank, tayar depan dan belakang bersaiz 110/80-R14 dan 130/70-R13 dengan rekaan corak bunga eksklusif, tinggi tempat duduk 780 mm, dan berat hanya 136 kg.

Artikel berkaitan :