Model naked Neo Sports Café kelas pertengahan Honda CB650R 2023 baru saja diperkenalkan untuk pasaran Eropah, kini tampil dengan dua pilihan warna terbaharu Matt Dim Gray Metallic dan Matt Gunpowder Black Metallic. Turut ditawarkan ialah dua pilihan warna terdahulu dari musim 2022 iaitu Candy Chromosphere Red dan Mat Jeans Blue Metallic.
Month: October 2022
Honda CBR650R 2023 terima penampilan visual terbaharu di pasaran Eropah
Honda Motor Europe pada kelmarin telah memperkenalkan Honda CBR650R 2023, yang kini telah menerima penampilan visual terbaharu yang lebih menarik. Model sport bike kelas pertengahan itu masih mengekalkan dua pilihan warna terdahulu iaitu Grand Prix Red dan Matt Gunpowder Black Metallic, namun ianya kini telah dikemaskini semula melibatkan skim warna dan grafik terkini.
Suzuki V-Strom SX 250 bakal dilancarkan di pasaran Filipina pada tarikh 28hb. Oktober 2022
Laman Facebook rasmi Suzuki Motorcycles Philippines pada hari ini telah menyiarkan imej teaser mengenai pelancaran model adventure terbaharu untuk pasaran Filipina, yang bakal berlangsung pada tarikh 28hb. Oktober 2022 tidak lama lagi. Melalui imej teaser yang disiarkan itu, tertera dengan jelas perkataan “The Master Of Adventure” dan “Lightweight Versatile Crossover”.
Yamaha Y16ZR 2023 diperkenalkan dengan tiga pilihan warna terbaharu, harga asas kini meningkat kepada RM 11,118.00
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini rasmi melancarkan model moped Yamaha Y16ZR 2023, yang kini tampil dengan tiga pilihan warna terbaharu Glacier White, Phantom Neon dan Flaming Silver. Sempena dengan itu, harga jualan asasnya kini telah meningkat kepada RM 11,118.00, berbanding harga asas RM 10,888.00 bagi model tahun 2021 (naik RM 230.00).
Honda Vario 160 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, berapakah jangkaan harga jualannya?
Model skuter terbaharu yang ditunggu-tunggu Honda Vario 160 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan November depan. Setakat ini Boon Siew Honda telah menyiarkan imej teaser terkini mengenai model tersebut, termasuk pamerannya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini, bersempena dengan acara perlumbaan berprestij MotoGP Malaysia 2022.
Yamaha MT-125 2023 terima naik taraf terkini di pasaran Eropah
Yamaha MT-125 2023 baru saja diperkenalkan di pasaran Eropah, dan ianya kekal dengan tiga pilihan warna Cyan Storm, Icon Blue dan Tech Black. Namun berita baiknya ialah model itu kini telah dilengkapi tiga naik taraf terkini iaitu panel meter TFT 5.0 inci berwarna sepenuhnya, sistem sambungan ke telefon pintar menggunakan aplikasi MyRide, dan Traction Control […]






