India YAMAHA Motor Pvt. Ltd. pada awal Januari baru-baru ini telah rasmi melancarkan Yamaha FZS-FI 2022, bersama-sama varian baharu Yamaha FZS-FI Deluxe 2022. Bagi model FZS-FI versi Standard, naik taraf terkini yang diterima ialah lampu belakang LED, sementara dua pilihan warna yang ditawarkan ialah Matte Red dan Dark Matte Blue.
Month: January 2022
Honda Giorno 2022 terima warna baharu di pasaran Jepun
Skuter comel dan bergaya Honda Giorno 2022 di pasaran domestik Jepun baru-baru ini telah memulakan jualannya secara rasmi, pada tarikh 20hb. Januari 2022. Untuk musim kali ini, Honda Giorno telah menerima lima pilihan warna baharu iaitu Virgin Beige, Puco Blue, Pearl Deep Mud Gray, Matt Armored Green Metallic dan juga Summer Pink.
Honda CB650R 2022 di pasaran Eropah kini tampil dengan pilihan warna baharu Sword Silver Metallic
Pada bulan November 2021 baru-baru ini, Honda Motor Europe telah memperkenalkan Honda CB650R 2022, yang kini mempunyai pilihan warna baharu Sword Silver Metallic. Pilihan warna itu kini ditawarkan bersama-sama tiga pilihan warna terdahulu iaitu Candy Chromosphere Red, Mat Gunpowder Black Metallic dan Mat Jeans Blue Metallic. Selain itu, mudguard depan pada model tersebut kini kesemuanya […]
Suzuki Raider R150 FI 2022 terima kemaskini warna baharu di pasaran Filipina, harga bersamaan RM 9,009.70
Suzuki di pasaran Filipina hari ini mengumumkan ketibaan model moped Suzuki Raider R150 FI untuk musim 2022, yang kini tampil dengan pilihan empat warna baharu yang lebih sporty dan segar. Kempat-empat pilihan skim warna baharu itu ialah Metallic Matte Stellar Blue, Candy Matte Bordeaux Red, Titan Black dan juga Pearl Bright Ivory.
Model adventure SYM NH-T 300 2022 diperkenalkan untuk pasaran Eropah, dilengkapi enjin 278.3 cc
Pengeluar skuter dan motosikal terkemuka SYM yang berasal dari Taiwan, baru-baru ini telah memperkenalkan model adventure terbaharu SYM NH-T 300 2022. Model itu kini menyertai barisan model SYM NH-T 125 dan SYM NH-T 200, yang sebelum ini muncul lebih awal di pasaran Eropah, masing-masing dikuasakan enjin 124.1cc dan 183cc.
Model Neo Sports Cafe terbaharu Honda CB300R 2022 rasmi diperkenalkan di pasaran Eropah
Honda Motor Europe pada beberapa hari yang lepas secara rasminya memperkenalkan model Neo Sports Cafe terbaharu Honda CB300R 2022 untuk pasaran Eropah. Model tersebut kini menyertai barisan model Neo Sports Cafe yang lain yang ditawarkan untuk pasaran Eropah, iaitu model Honda CB1000R, Honda CB650R dan Honda CB125R.






