Spyshot : adakah ini unit ujian Yamaha 135LC 2022 serba baharu?

Yamaha 135LC merupakan salah sebuah model moped yang masih lagi ditawarkan di pasaran Malaysia, walaupun pada ketika ini sudah terdapat model Yamaha Y15ZR dan Yamaha Y16ZR. Berita baiknya ialah model tersebut mungkin akan dilancarkan dalam kemaskini versi terbaharu, sebagai model Yamaha 135LC 2022 (Version 8.0).

Setakat ini penampakan spyshot sebuah model moped misteri telah berlegar-legar di dalam laman Facebook, dan reka bentuknya mirip model semasa Yamaha 135LC, namun dilengkapi brek cakera belakang, serta tampil dengan rekaan facelift terbaharu termasuk rekaan kepala depan rekaan terkini mirip model Yamaha Y15ZR. Ianya juga dikatakan bakal dilengkapi sistem suntikan bahan api (fuel injection) yang lebih moden dan cekap, serta lampu depan dan belakang jenis LED yang lebih terang.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai model tersebut, anda juga boleh melihat aksinya sewaktu ujian di jalan raya baru-baru ini, melalui gambar-gambar menarik dalam galeri di bawah. Jadi apa pendapat anda? Adakah ianya merupakan model Yamaha 135LC 2022 serba baharu yang tampil lebih sporty dan lebih moden?

Sumber : 1, 2, 3 & 4