Di pasaran India sebelum ini, Bajaj Pulsar NS200 2024 secara rasminya diperkenalkan. Model naked tersebut kini tampil lebih sporty, apabila dilengkapi lampu hadapan LED baharu dengan ciri DRL, manakala panel meter baharu pula kini tampil dengan paparan digital sepenuhnya.
Category: Bajaj
Bajaj Pulsar NS400Z 2024 rasmi dilancarkan di pasaran India
Model naked terbaharu Bajaj Pulsar NS400Z 2024 baru-baru ini rasmi dilancarkan di pasaran India. Merupakan sebuah model Pulsar dengan enjin terbesar setakat ini, ianya dilengkapi enjin satu silinder 373.27cc dengan kuasa maksimum 40PS @ 8,800rpm dan tork maksimum 35Nm @ 6,500rpm. Dengan tangki bahan api 12 liter, berat penuhnya mencapai 174 kg (kerb weight).