Selain daripada model BMW G 310 R 2021, BMW Motorrad Malaysia pada masa yang sama turut melancarkan sebuah lagi model terbaharu iaitu BMW G 310 GS 2021. Harga jualan asas untuk model tersebut bermula dari RM 29,500.00 untuk pilihan warna Style Rallye dan Polar White, dan RM 31,500.00 untuk pilihan warna 40 Years GS Edition.
Month: August 2021
BMW G 310 R 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga jualan asas RM 27,500.00
BMW Motorrad Malaysia kini secara rasminya melancarkan model naked terbaharu BMW G 310 R 2021 untuk pasaran tempatan. Didatangkan dalam satu pilihan warna tunggal iaitu Sport Style (Limestone Metallic), harga jualan asas yang ditawarkan untuk model berkenaan adalah sebanyak RM 27,500.00 sahaja (tidak termasuk insuran).
Jentera kembara Honda CB200X 2021 dilancarkan di pasaran India, harga bersamaan RM 8,231.00
Honda Motorcycle and Scooter India Pvt. Ltd. hari ini dengan rasminya melancarkan sebuah model kembara terbaharu Honda CB200X 2021 untuk pasaran India. Model itu didatangkan dalam tiga pilihan warna menarik seperti Sports Red, Matte Selene Silver Metallic dan Pearl Nightstar Black, dengan harga jualan Rs. 144,500 (RM 8,231.00).
CFMOTO 700CL-X Heritage 2021 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada November 2021, harga asas RM 28,800.00
Sebuah lagi model motosikal terbaharu akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi, iaitu CFMOTO 700CL-X Heritage 2021. Perkara tersebut telah disahkan oleh CFMOTO Malaysia baru-baru ini, dan pelancaran model bergaya retro moden itu bakal berlangsung dalam bulan November 2021, dengan harga asas hanya RM 28,800.00.
Harley-Davidson Street Glide Special Arctic Blast Limited Edition 2021 diperkenalkan, edisi terhad 500 unit
Harley-Davidson baru-baru ini telah memperkenalkan model Street Glide Special 2021 dalam pilihan warna istimewa Arctic Blast Limited Edition. Hanya 500 unit akan tersedia untuk pasaran di seluruh dunia, dengan setiap daripadanya akan dilengkapi nombor siri masing-masing yang eksklusif dan dipaparkan di atas tangki bahan api.
Kawasaki Z900RS SE 2022 tampil dalam skim warna klasik Yellow Ball, terima naik taraf suspensi dan sistem brek
Kawasaki Motors Europe baru saja memperkenalkan Kawasaki Z900RS SE 2022 yang kini tampil dalam skim warna klasik Yellow Ball, yang dibawakan daripada model tahun 1972 iaitu Kawasaki Z1 Super Four. Selain daripada aspek kosmetik, Z900RS SE 2022 turut menerima naik taraf terkini sistem suspensi dan brek berbanding versi standard.






