Pasaran Brazil baru-baru ini telah menerima model terbaharu Yamaha Fazer FZ25 ABS 2022, dengan tawaran harga sebanyak R$ 18,990.00, bersamaan nilai RM 15,459.31. Model naked tersebut tampil sporty dan kelihatan gagah, serta boleh didapati dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu Racing Blue, Magma Red dan Matt Black.
Month: August 2021
Suzuki Address 110 Special Edition 2021 tampil dengan dua warna baharu di pasaran domestik Jepun
Pada tahun lepas, skuter kompak Suzuki Address 110 2020 di pasaran domestik Jepun tampil dalam empat pilihan warna menarik iaitu Solaris Silver, Brilliant White, Matt Stella Blue Metallic dan juga Titan Black. Untuk musim 2021, keempat-empat pilihan warna itu kini masih lagi ditawarkan, dengan tambahan dua warna Special Edition terbaharu.
Honda Super Cub C125 2022 dilancarkan untuk pasaran Indonesia, harga jualan bersamaan RM 21,688.98
PT Astra Honda Motor (AHM) kini secara rasminya melancarkan model kapcai bertaraf legenda Honda Super Cub C125 2022 untuk pasaran Indonesia. Mempunyai tiga pilihan warna menarik iaitu Matte Axis Gray Metallic, Pearl Niltava Blue dan Pearl Nebula Red, harga jualannya ditawarkan sebanyak Rp. 73,645,000.00, bersamaan RM 21,688.98.
Jiajue Navigator 500S 2021 di pasaran China, model sport cruiser yang bergaya sporty dan moden
Di pasaran China, syarikat pengeluar motosikal dan skuter Jiajue menawarkan sebuah model sport cruiser yang bergaya sporty dan moden, yang dikenali dengan nama Jiajue Navigator 500S 2021. Model tersebut dikuasakan enjin dalam sesaran 494cc (horizone cylinder, four stroke, water cooled, OHC, four valve) dengan transmisi enam kelajuan.
Honda Pop 110i 2021 tampil unik, selesa dan serba boleh
Di pasaran Brazil, Honda menawarkan sebuah model kapcai yang berpenampilan unik dan serba boleh. Dikenali dengan nama Honda Pop 110i, model tersebut sesuai untuk ditunggang di mana saja, sama ada di kawasan luar bandar atau pun di kawasan urban yang sibuk. Gaya rekaannya juga kelihatan lasak, dengan ciri tunggangan yang selesa.
Zontes bakal melancarkan model baharu 350GK dengan enjin 350cc, imej lakaran paten kini terdedah
Menurut sumber dari cycleworld.com, syarikat pengeluar motosikal dari negara China iaitu Zontes bakal melancarkan sebuah model baharu yang akan dikenali dengan nama Zontes 350GK. Setakat ini imej paten model tersebut telah terdedah, dan ianya tampil dengan rekaan mirip model Zontes ZT155G 2021 yang dijual di pasaran Singapura.






