Pada tahun lepas, skuter kompak Suzuki Address 110 2020 di pasaran domestik Jepun tampil dalam empat pilihan warna menarik iaitu Solaris Silver, Brilliant White, Matt Stella Blue Metallic dan juga Titan Black. Untuk musim 2021, keempat-empat pilihan warna itu kini masih lagi ditawarkan, dengan tambahan dua warna Special Edition terbaharu.
Suzuki Address 110 Special Edition 2021 akan berada di pasaran domestik Jepun mulai tarikh 06hb. Ogos 2021, tampil dalam dua pilihan warna terbaharu yang menyerlah iaitu Candy Max Orange dan Matt Serene Gold Metallic. Harga yang ditawarkan kekal sama untuk kesemua pilihan warna, sebanyak 225,500 Yen, bersamaan nilai RM 8,745.72.
Suzuki Address 110 dikuasakan enjin 112cc (forced air cooling, 4-cycle, single cylinder, SOHC, 2 valves, fuel injection) dan dipadankan dengan transmisi automatik CVT. Kuasa maksimumnya mencapai 8.8PS @ 7,750rpm, dengan tork puncak 8.6Nm @ 6,250rpm. Skuter tersebut seterusnya dilengkapi tangki bahan api dengan kapasiti penuh 5.2 liter.
Untuk lebih kemudahan, Suzuki Address didatangkan dengan ruang simpanan di bawah tempat duduk seluas 20.6 liter, yang mampu memuatkan sebuah topi keledar bermuka penuh. Untuk keselamatan, ianya dilengkapi sistem brek cakera dan dram. Tayar depan dan belakangnya bersaiz 80/90-R14 dan 90/90-R14, dengan berat keseluruhan 100 kg.