Jiajue Navigator 500S 2021 di pasaran China, model sport cruiser yang bergaya sporty dan moden

Di pasaran China, syarikat pengeluar motosikal dan skuter Jiajue menawarkan sebuah model sport cruiser yang bergaya sporty dan moden, yang dikenali dengan nama Jiajue Navigator 500S 2021. Model tersebut dikuasakan enjin dalam sesaran 494cc (horizone cylinder, four stroke, water cooled, OHC, four valve) dengan transmisi enam kelajuan.

Jumlah kuasa yang dihasilkan oleh enjin tersebut mencapai 37hp @ 8,500rpm dengan tork maksimum 34Nm @ 6,000rpm. Dilengkapi tangki bahan api 20 liter, Navigator 500S dikatakan mampu pergi sejauh 500 km menggunakan setangki penuh petrol. Kelajuan maksimum model tersebut juga memuaskan, apabila ianya mencapai angka 160 km/j.

Jiajue Navigator 500S dilengkapi panel meter digital TFT berwarna, sistem lampu LED, fork depan upside-down, suspensi belakang tunggal, sistem brek cakera dengan ABS, tayar depan dan belakang masing-masing bersaiz 120/70ZR17 dan 180/55ZR17, tinggi tempat duduk 760 mm, jarak kelegaan bumi 120 mm dan berat keseluruhan 214 kg.