Di pasaran Malaysia, Honda Vario 150 2020 telah dilancarkan dengan kemaskini warna baharu pada bulan Ogos tahun lepas. Model tersebut didatangkan dengan harga asas sebanyak RM 7,499.00 untuk pilihan warna seperti Pearl Magellanic Black, Force Silver Metallic dan Sword Silver Metallic, dan RM 7,699.00 untuk warna Repsol Edition.
Month: February 2021
Awas pemilik motosikal dengan ekzos bising, anda boleh dikenakan denda RM 2,000.00 atau penjara 6 bulan
Pada beberapa hari yang lepas, peminat motosikal tempatan dikejutkan dengan laporan yang telah disiarkan oleh beberapa akhbar-akhbar nasional mengenai isu panas ekzos motosikal yang bising. Pemilik motosikal dengan ekzos yang bising dikhabarkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 2,000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Harley-Davidson Pan America 1250 2021 diperkenalkan, saingan baharu dalam segmen jentera touring
Harley-Davidson pada dua hari yang lepas secara rasminya memperkenalkan model terbaharu Harley-Davidson Pan America 2021, yang bakal memberikan saingan terkini dalam segmen jentera touring di pasaran global. Model tersebut didatangkan dalam dua pilihan varian iaitu Standard dan varian kedua yang lebih canggih iaitu Special.
Kapcai Yamaha T115 ditawarkan di pasaran China dan Jepun
Untuk pasaran ASEAN, Yamaha sememangnya terkenal dengan beberapa buah model moped dan kapcai yang ternyata sangat popular. Bagaimanapun untuk pasaran China, hanya sebuah model kapcai yang ditawarkan ketika ini iaitu Yamaha T115, yang turut ditawarkan di pasaran domestik Jepun mulai tahun lepas (sumber Webike.net).
Honda ADV150 Adventure Concept bersedia untuk menjelajah dengan penampilan penuh bergaya dan sporty
Sebelum ini kita semua telah menyaksikan model-model sporty Honda ADV150 Sports Concept yang tampil dengan gaya modifikasi ekstrem dan memukau. Kali ini kita lihat pula model-model Honda ADV150 Adventure Concept yang tidak kurang menariknya, yang kini bersedia untuk aktiviti penjelajahan dengan penampilan penuh bergaya.
Honda ADV150 Sports Concept tampil ekstrem dan memukau
Model skuter Honda ADV150 2021 yang baru saja dilancarkan di pasaran Malaysia baru-baru ini ternyata telah menerima sambutan hangat daripada peminat tempatan. Ramai yang sudah memiliki model skuter kembara berkenaan dan kini mungkin sedang dalam perancangan untuk mengubahsuainya dari sudut kosmetik dan juga prestasi.






