Honda ADV150 Sports Concept tampil ekstrem dan memukau

Model skuter Honda ADV150 2021 yang baru saja dilancarkan di pasaran Malaysia baru-baru ini ternyata telah menerima sambutan hangat daripada peminat tempatan. Ramai yang sudah memiliki model skuter kembara berkenaan dan kini mungkin sedang dalam perancangan untuk mengubahsuainya dari sudut kosmetik dan juga prestasi.

Untuk anda yang mahukan inspirasi, di sini terdapat sebanyak 19 buah contoh model Honda ADV150 Sports Concept yang tampil ekstrem dan begitu memukau. Walaupun model-model yang dipaparkan di sini lebih ke arah model pertunjukan di pameran Auto Show, sekurang-kurangnya model-model ini mampu memberikan inspirasi tersendiri.

Kesemua model Honda ADV150 Sports Concept ini dipercayai berasal dari negara Thailand dan telah disiarkan di dalam laman web Webike.net. Pilihan warna yang pelbagai dan penggunaan komponen-komponen aftermarket baharu telah menjadikan model-model tersebut kelihatan unik dan menjanjikan prestasi yang lebih baik.

Honda ADV150 pada asalnya merupakan sebuah model berkonsepkan kembara. Jadi apa yang dipaparkan di sini ialah model-model yang telah diubahsuai kepada konsep sport yang lebih mementingkan prestasi pecutan dan juga kelajuan. Untuk melihat model-model Honda ADV150 Adventure Concept pula, nantikan artikel selanjutnya.

Sumber : Webike.net