SYM VF3i 185 2020 kini di pasaran Filipina, harga bersamaan RM 8,525.40

Laman Facebook rasmi SYM Philippines hari ini mengumumkan model moped SYM VF3i 185 2020 kini telah tiba di pasaran Filipina. Model tersebut ditawarkan pada harga tunai PhP 99,800, bersamaan RM 8,525.40 mengikut kadar tukaran semasa.

Berdasarkan video yang disiarkan seperti di bawah, didapati SYM VF3i 185 untuk pasaran Filipina merupakan versi standard tanpa kelengkapan sistem brek ABS. Ini bermakna ianya sama seperti model SYM VF3i 185 V2 di pasaran Malaysia ketika ini.

Seperti mana kita semua sedia maklum, pasaran Malaysia turut ditawarkan model edisi terhad SYM VF3i 185 LE 2020 yang dilengkapi sistem brek ABS, yang kini telah ditambah pengeluarannya sebanyak 5,000 unit lagi, kepada 10,000 unit keseluruhan.

Di pasaran Filipina, SYM VF3i 185 2020 akan bersaing dengan model-model seperti Yamaha Sniper 150, Honda Supra GTR150 dan Suzuki Raider R150 Fi. Menarik untuk kita lihat sama ada ianya mampu untuk menewaskan semua pencabarnya itu.

(Visited 136 times, 1 visits today)