Pada bulan Mei 2020 yang lepas, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah melancarkan model moped SYM VF3i 185 LE 2020, yang tampil dengan skim warna eksklusif dan sistem brek ABS. Selain daripada itu, model tersebut juga telah menerima peningkatan kuasa enjin maksimum kepada 19.7hp @ 9,000rpm dengan tork 17.4Nm @ 7,500rpm.
SYM VF3i 185 LE 2020 pada mulanya hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad 5,000 unit sahaja, namun begitu berdasarkan perkembangan terbaru, Mforce Bike Holdings telah mengumumkan bahawa pengeluaran model tersebut kini telah dipertingkatkan lagi sebanyak 5,000 unit, menjadikan jumlah keseluruhannya kini kepada 10,000 unit.
Ini kerana syarikat tersebut telah menerima tempahan yang cukup memberangsangkan untuk model berkenaan, dengan tempahan mencecah 10,000 unit sejak bulan Mei 2020. Harga untuk model berkenaan bagaimanapun kekal tidak berubah, masih lagi ditawarkan pada harga sebanyak RM 9,338.00, sama seperti ketika ianya dilancarkan.
Jadi kepada anda yang tertanya-tanya kenapa model edisi terhad SYM VF3i 185 LE 2020 masih banyak lagi di pasaran ketika ini, ianya kerana kapasiti pengeluarannya yang telah bertambah. Terbukti percaturan pihak Mforce yang memperkenalkan model tersebut dengan sistem brek ABS dan kuasa enjin yang lebih berprestasi telah berjaya.
Sumber : Bikes Republic