Yamaha Sniper 150 2019 di pasaran Filipina

Untuk pasaran Filipina, Yamaha Sniper 150 telah menerima kehadiran model generasi baharu pada tahun lepas, sama seperti pasaran Malaysia dengan model Yamaha Y15ZR V2 2019. Yamaha Sniper 150 2019 di pasaran Filipina ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Race Blu, Matte Green, Black Raven dan Yellow Hornet.

Spesifikasi Yamaha Sniper 150 2019 seperti mana kita semua sedia maklum ialah ianya dikuasakan enjin 150cc (Single Cylinder, Liquid cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valve) dengan padanan transmisi 5-kelajuan. Enjin tersebut menghasilkan prestasi bertenaga pada paras 15.4PS @ 8,500rpm dengan tork puncak 13.8Nm @ 7,000rpm.

Antara ciri-ciri menarik yang ada pada Sniper 150 termasuklah tayar depan yang lebar, rekaan cowl tengah yang bergaya dan aerodinamik, lampu LED jenis triple bersama-sama lampu posisi LED, panel meter LCD dengan ciri digital sepenuhnya, suis lampu kecemasan, suis pemati enjin dan lampu amaran memotong (passing light).

Yamaha Sniper 150 2019 dilengkapi dengan sistem penghidup jenis tendang dan elektrik, berbanding Yamaha Y15ZR V2 2019 yang hanya dilengkapi sistem penghidup jenis elektrik sahaja. Untuk pasaran Filipina, model moped bergaya sporty itu berharga sebanyak P102,900.00, bersamaan RM 8,532.53 mengikut kadar tukaran semasa.

(Visited 336 times, 1 visits today)