Kawasaki baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa pilihan warna baharu yang lebih menarik dan sporty untuk dua model keluarannya di pasaran Taiwan, iaitu Kawasaki Ninja 400 dan Kawasaki Z400, bagi musim jualan tahun 2021.
Bagi model Ninja 400 2021, ianya kini didatangkan lima pilihan warna baharu yang dikenali dengan nama KRT Lime Green, Coral Blue, Ruby Red, Extreme Black dan Gold Black. Model Z400 2021 pula tampil dengan empat pilihan warna baharu seperti Ruby Red, Coral Blue, Lime Green dan Samurai Black.
Untuk musim 2021, spesifikasi kedua-dua model tersebut masih lagi sama seperti sebelumnya, dikuasakan enjin 399cc (liquid-cooled, 4-stroke, parallel twin-cylinder, 8-valve, DOHC) dengan gandingan transmisi enam kelajuan. Kuasa yang dihasilkan mencapai angka 45PS @ 10,000rpm dengan tork puncak 38Nm @ 8,000rpm.
Kedua-dua model berkenaan juga dilengkapi sistem Assist & Slipper Clutch, sistem brek dengan ABS, lampu depan dan belakang LED, paparan meter digital pelbagai fungsi, tangki bahan api dengan kapasiti maksimum 14 liter, dan berat masing-masing pada angka 168 kg (Ninja 400) dan 167 kg (Z400).
Untuk pasaran Taiwan, Kawasaki Ninja 400 2021 ditawarkan pada harga $279,000, bersamaan nilai RM 39,454.33, sementara Kawasaki Z400 2021 berharga sebanyak $265,000, bersamaan nilai RM 37,474.54 mengikut kadar tukaran semasa.
Galeri : Kawasaki Ninja 400 2021 (Taiwan)
Galeri : Kawasaki Z400 2021 (Taiwan)