Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) bakal melancarkan model terbaharu Yamaha Y15ZR V2 GP Edition 2020, menurut sumber dari laman Facebook hari ini. Seperti kebiasaannya, versi GP Edition ini tampil dengan perubahan warna dan grafik sahaja, seperti yang diterima oleh model Yamaha YZF-R15 Monster GP Edition 2019.
Berdasarkan paparan gambar ‘brochure’ di bawah, setiap pembelian akan turut menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM 100.00 secara percuma. Selain itu lebih menarik lagi HLYM turut menawarkan koleksi eksklusif jam tangan pintar Y15ZR serta sijil ketulenan dengan setiap pembelian Yamaha Y15ZR GP Edition edisi terhad ini.
Bagaimanapun harga jualan untuk model yang terkenal dengan gelaran ‘Raja Jalanan’ ini masih belum diumumkan, bermakna kita semua perlu menunggu pelancaran rasmi daripada pihak HLYM tidak lama lagi. Untuk anda yang berminat, mungkin boleh hadir sendiri ke mana-mana cawangan pengedar Yamaha untuk membuat tempatan awal.
Artikel berkaitan : Yamaha Y15ZR V2 2019 di pasaran Malaysia, harga asas RM8,168.00
Sumber gambar : BLH Motor FB & Ng Brothers & Sons Motor FB