Yamaha Motor Vietnam pada hari ini rasmi memperkenalkan tiga pilihan warna baharu untuk model skuter Yamaha NVX 155 VVA 2022, iaitu Blue Light Gray – Black – Silver, White – Blue dan Gray – Black. Selain itu dua pilihan warna terdahulu iaitu Black – Gold dan Silver – Black – Gold masih lagi ditawarkan bersama-sama […]
Category: Yamaha
Yamaha Ego Gear 2021 dilancarkan untuk pasaran Malaysia, harga asas RM 5,419.00
Khusus untuk peminat model skuter, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) pada hari ini dengan rasminya melancarkan Yamaha Ego Gear 2021 terbaharu. Model tersebut didatangkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Perak, Merah dan Biru, dengan harga jualan asas hanya RM 5,419.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Yamaha MT-10 2022 tampil dengan reka bentuk minimalis terbaharu dan enjin bertaraf Euro 5 yang lebih berkuasa
Yamaha Motor Europe dengan rasminya memperkenalkan jentera hyper naked Yamaha MT-10 2022 serba baharu, yang kini tampil dengan reka bentuk dan gaya luaran minimalis terbaharu, di samping enjin crossplane CP4 bersesaran 998cc yang kini lebih berkuasa dan patuh piawaian Euro 5. Model berkenaan turut menerima pelbagai naik taraf terkini.
Yamaha MT-25 2022 tampil dengan skim warna baharu yang lebih sporty dan segar untuk pasaran Indonesia
Untuk pasaran Indonesia, Yamaha MT-25 2021 telah diperkenalkan pada awal tahun ini, dalam dua pilihan warna menarik iaitu Metallic Dark Gray dan Metallic Blue. Terkini untuk musim 2022, model berkenaan didatangkan dalam dua pilihan warna yang sama, namun tampil lebih menyerlah dalam gabungan skim warna baharu yang lebih sporty dan segar.
Yamaha Y16ZR Doxou 2021 – edisi terhad 5,000 unit, harga RM 11,688.00, eksklusif untuk pasaran Malaysia
Selepas tujuh bulan dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia, model moped popular Yamaha Y16ZR 2021 kini telah menerima versi istimewa pertamanya. Model tersebut kini tampil dalam versi Doxou, dan ianya merupakan model yang ketiga selepas dua model Doxou sebelumnya iaitu Yamaha NVX Doxou 2019 dan Yamaha Y15ZR Doxou 2019.
Yamaha RX-S keluaran tahun 1988, model klasik yang kini bertaraf legenda
Jika anda masih ingat, Arena Motosikal pernah menyiarkan artikel ringkas tentang model Yamaha RX-S keluaran tahun 1981 sebelum ini. Kali ini, disiarkan pula gambar-gambar menarik model tersebut yang dikatakan model keluaran tahun 1988, yang kini tampil lebih menarik dalam dua skim pilihan warna, dan pastinya dengan gaya klasik yang tersendiri.






