Yamaha XSR155 Cafe Racer Style 2021 di pasaran Thailand, edisi terhad 100 unit, kolaborasi dengan Zeus Custom

Yamaha di pasaran Thailand baru-baru ini telah berkolaborasi dengan bengkel custom terkenal Zeus Custom yang beroperasi di Bangkok, bagi menjadikan penampilan model sport heritage Yamaha XSR155 dalam gaya Cafe Racer Style yang tersendiri. Hasilnya ialah set lengkap Cafe Racer Kit buatan Zeus Custom, dalam edisi terhad 100 unit.

Harga yang ditawarkan untuk set custom tersebut adalah sebanyak THB 19,900 sahaja, iaitu bersamaan nilai RM 2,503.05. Melihat kepada penampilan terkini Yamaha XSR155 apabila dipasangkan kit custom tersebut, ternyata ianya telah berubah secara total dan kelihatan lebih sporty. Pada masa yang sama, identiti retro model itu terus dikekalkan.

Setakat ini Yamaha XSR155 ditawarkan di pasaran Thailand, Filipina dan Indonesia. Untuk pasaran Malaysia, ketika ini belum ada sebarang perkembangan sama ada ianya akan turut dilancarkan dalam masa yang terdekat. Berdasarkan maklum balas sebelum ini, ramai peminat tempatan yang mahukan HLYM melancarkan model bergaya retro itu.

Yamaha XSR155 dikuasakan enjin berkapasiti 155cc (Single Cylinder, Liquid cooled, 4-stroke, SOHC, 4 valves, VVA), dan dipadankan transmisi enam kelajuan bersama-sama sistem Assist & Slipper Clutch untuk tunggangan yang lebih mudah. Jumlah kuasa yang dihasilkannya mencapai paras 19hp @ 10,000rpm, dengan tork 14.7Nm @ 8,500rpm.