Model moped Yamaha 135LC Fi 2022 generasi terbaharu rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia kelmarin, dalam dua varian Standard dan SE. Sementara itu pada tarikh 03hb. Mac 2022 baru-baru ini, Boon Siew Honda turut melancarkan generasi terbaharu model moped Honda RS150R 2022, yang turut tampil dengan beberapa naik taraf terkini.
Category: Yamaha
Yamaha 135LC Fi 2022 generasi terbaharu dilancarkan untuk pasaran Malaysia, harga asas bermula dari RM 7,798.00
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pada hari ini dengan rasminya melancarkan model moped Yamaha 135LC Fi 2022 generasi terbaharu, bagi menggantikan model generasi sebelumnya iaitu Yamaha 135LC 2021. Menurut HLYM, model tersebut hanya eksklusif untuk pasaran Malaysia sahaja, bermakna ianya tidak akan dijual di negara-negara lain.
Yamaha 135LC 2022 (New Facelift Version) akan dilancarkan pada tarikh 08hb. Mac 2022 (Selasa)
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pada tarikh 08hb. Mac 2022 (Selasa) akan datang, bakal melancarkan sebuah model motosikal terbaharu untuk pasaran Malaysia. Setakat ini syarikat pengeluar motosikal tersebut telah menyiarkan sebuah video teaser melalui laman Facebook rasmi mereka, sedikit sebanyak telah memberikan bayangan awal.
Yamaha XMAX 250 2022 terima kemaskini baharu di pasaran Malaysia, harga asas RM 21,998.00
Untuk pasaran Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperkenalkan skuter Yamaha XMAX 250 2022 terbaharu, dengan beberapa kemaskini kecil yang lebih menarik. Antaranya ialah model tersebut kini dilengkapi ‘smoke flasher lens’ di bahagian lampu isyarat, termasuklah kunci pintar rekaan baharu (new smart key remote design).
Yamaha YZF-R15 V4 2021 kini masuk ke pasaran Singapura
Model sport bike Yamaha YZF-R15 V4 2021 serba baharu dilancarkan secara rasmi di pasaran India pada bulan September 2021 yang lalu. Ianya kemudian dilancarkan pula di pasaran Indonesia, pada awal bulan Disember 2021. Kemudiannya, model tersebut telah di bawa masuk ke pasaran Singapura, oleh pengedar motosikal Yamaha di sana.
Yamaha YZF-R1M 2022 terima kemaskini warna baharu di pasaran USA, harga jualan $26,299.00
Di pasaran USA untuk musim 2022, Yamaha bukan saja menawarkan model supersport Yamaha YZF-R1 2022 dan juga Yamaha YZF-R1 World GP 60th Anniversary Edition 2022, malah versi teratas Yamaha YZF-R1M 2022. Masih lagi kekal dengan skim warna Carbon Fiber, apa yang berubah ialah rekaan grafik terkini dengan sentuhan warna biru di bahagian fairing sisi, dan […]






