Jentera naked Yamaha MT-15 2022 baru saja diperkenalkan di pasaran Malaysia, kini tampil dengan tiga skim warna terbaharu yang lebih sporty dan segar iaitu Cyan Storm, Icon Blue dan Midnight Black. Harga asasnya bagaimanapun kini naik sedikit daripada harga terdahulu RM 11,988.00, kepada RM 12,298.00 (naik sebanyak RM 310.00).
Category: Yamaha
Yamaha Tricity 155 2022 terima naik taraf terkini di pasaran Eropah
Selain daripada Yamaha Tricity 125 2022, pasaran Eropah pada masa yang sama turut ditawarkan model Yamaha Tricity 155 2022. Berbanding Tricity 125 dengan enjin 125cc, Tricity 155 memiliki enjin 155cc (4-stroke, liquid-cooled, SOHC, single cylinder, 4-valves, VVA, Euro 5) yang menghasilkan 14.9hp @ 8,000rpm dengan tork 14Nm @ 6,500rpm.
Yamaha X Force ABS 2022 diperkenalkan di pasaran Jepun, harga jualan bersamaan RM 13,027.83
Yamaha pada tarikh 08hb. Jun 2022 baru-baru ini telah mengumumkan ketibaan model skuter terbaharu Yamaha X Force ABS 2022 untuk pasaran domestik Jepun, yang akan berada di pasaran secara rasmi mulai tarikh 28hb. Jun 2022. Harga jualan untuk model tersebut ialah 396,000 Yen (RM 13,027.83), dan tampil dengan empat pilihan warna.
Yamaha Tricity 125 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah dengan pelbagai naik taraf terkini
Pada bulan Mei yang lepas, Yamaha Motor Europe dengan rasminya memperkenalkan model terbaharu Yamaha Tricity 125 2022. Model skuter unik dengan roda tiga khusus untuk kegunaan di kawasan bandar itu kini telah menerima beberapa naik taraf terkini, menjadikannya prestasinya lebih cekap, lebih mesra alam sekitar dan lebih selesa.
Pada tahun 2017, Yamaha AG125 serba baharu diperkenalkan
Yamaha AG100 ialah sebuah model motosikal lasak yang dilancarkan pada tahun 1973, dan pengeluarannya berterusan sehinggalah ke tahun 2016. Akhirnya pada tahun 2017, Yamaha telah menggantikan AG100 dengan model Yamaha AG125 serba baharu, yang mempunyai rekaan dan ciri-ciri yang sama, namun dengan kapasiti enjin lebih besar.
Galeri : Yamaha NVX 125 (2019 – 2020) di pasaran Vietnam
Di pasaran Vietnam, Yamaha NVX 125 bagi model tahun 2019 – 2020 telah ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik dan sporty, sehinggalah tibanya generasi terbaharu Yamaha NVX 155 2021 yang dilancarkan pada bulan November 2020. Selepas itu versi 125cc bagi model skuter berkenaan tidak lagi ditawarkan untuk pasaran Vietnam.






