Galeri : Yamaha NVX 125 (2019 – 2020) di pasaran Vietnam

Di pasaran Vietnam, Yamaha NVX 125 bagi model tahun 2019 – 2020 telah ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik dan sporty, sehinggalah tibanya generasi terbaharu Yamaha NVX 155 2021 yang dilancarkan pada bulan November 2020. Selepas itu versi 125cc bagi model skuter berkenaan tidak lagi ditawarkan untuk pasaran Vietnam.

Kita imbas kembali spesifikasi Yamaha NVX 125, yang mana model itu dilengkapi enjin bersesaran 125cc 4-valve SOHC dengan teknologi sejukan cecair dan VVA, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 12PS @ 8,000rpm dengan tork maksimum 11.30Nm @ 7,000rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan dengan transmisi automatik CVT.

Spesifikasi menarik lainnya termasuklah fork depan teleskopik, penyerap hentakan jenis berkembar di bahagian belakangnya, brek cakera pada roda depan, lampu depan dan lampu belakang LED, panel meter digital, dan sistem kunci keyless. Di pasaran Vietnam pada ketika itu, harga jualan untuk Yamaha NVX 125 ialah sebanyak 40,990,000 VND.