Baru-baru ini peminat motosikal tempatan telah dikejutkan dengan harga jualan sebuah model Yamaha RX-Z terpakai, dengan harga mencecah RM 180k. Malah sebelum itu seorang pemilik Yamaha RX-Z Catalyzer berwarna hitam telah berjaya menukarkannya dengan sebidang tanah lot, dengan anggaran harga tanah itu dikatakan sekitar RM 70k.
Category: Yamaha
Yamaha Fazer FZ15 ABS 2023 diperkenalkan di pasaran Brazil, terima penampilan baharu yang lebih agresif
Yamaha Motor Brazil baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah model terbaharu iaitu Yamaha Fazer FZ15 ABS 2023. Apa yang menarik perhatian ramai ialah model tersebut kini tampil dengan rekaan kepala dan lampu depan baharu, menjadikan penampilannya lebih agresif. Lampu depan itu turut dilengkapi lampu LED jenis projektor yang terang.
Yamaha RX-Z keluaran tahun 2009 untuk dijual, dilengkapi rim GTO asli dan nombor plat satu angka, harga RM 180k
Yamaha RX-Z merupakan salah sebuah model motosikal popular di pasaran Malaysia. Bagaimanapun disebabkan pengeluarannya telah lama ditamatkan, model dengan enjin dua lejang itu kini menjadi semakin ‘rare’ dan sukar didapati di pasaran. Namun untuk anda yang berminat, model tersebut masih boleh dimiliki dengan harga ‘berpatutan’.
Yamaha XMAX 250 2022 terima kemaskini warna terbaharu, harga meningkat kepada RM 22,298.00
Pada bulan Mac yang lepas, Yamaha XMAX 250 2022 di pasaran tempatan baru saja menerima dua pilihan warna terbaharu, di samping beberapa kemaskini kecil yang lebih menarik. Namun kini pada bulan Ogos, model tersebut tampil dengan warna terbaharu Red dan Matte Green, sama seperti Yamaha XMAX ABS 2022 di pasaran Jepun.
Yamaha MT-10 2022 dan Yamaha MT-10 SP 2022 kini rasmi diperkenalkan di pasaran Jepun
Jentera hyper naked Yamaha MT-10 2022 versi facelift terbaharu telah diperkenalkan di pasaran Eropah pada bulan November 2021 yang lepas. Turut diperkenalkan ialah versi lebih berprestasi iaitu Yamaha MT-10 SP 2022. Untuk pasaran Jepun, kedua-dua model berkenaan bakal ditawarkan secara rasmi tidak lama lagi, mulai 26hb. Oktober 2022.
Yamaha Tricity 300 2022 terima kemaskini warna baharu di pasaran Eropah
Untuk pasaran Eropah, salah sebuah model skuter bercirikan roda tiga yang ditawarkan oleh Yamaha Motor Europe ialah Yamaha Tricity 300 2022. Model berkenaan kini tampil dengan dua pilihan warna terbaharu Petrol Blue dan Sand Grey yang lebih menarik dan segar, di samping satu pilihan warna dari musim sebelumnya iaitu Gunmetal Grey.






