Pada awal bulan November 2022 yang lepas, Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan varian terbaharu untuk model Sport Touring Yamaha Tracer 9 dan Yamaha Tracer 9 GT, dikenali sebagai Yamaha Tracer 9 GT+ 2023. Varian tersebut merupakan varian tercanggih yang dilengkapi dengan sistem radar gelombang milimeter, di samping tampil dengan pelbagai naik taraf lain yang menarik.
Category: Yamaha
Yamaha Niken GT 2023 diperkenalkan di pasaran Eropah dengan enjin baharu 890cc, skrin TFT, fungsi sambungan dan navigasi
Yamaha Motor Europe baru-baru ini memperkenalkan Yamaha Niken GT 2023, dalam pilihan warna tunggal Yamaha Black. Model tiga roda tersebut turut menerima beberapa naik taraf dan kemaskini terbaharu, antaranya termasuklah enjin 890cc (4-stroke, Liquid-cooled, DOHC, 4-valves, 3-cylinder, EURO5) dengan kuasa maksimum 114.9PS @ 10,000rpm dan tork setinggi 90.7Nm @ 7,000rpm.
Yamaha MT-07 2023 diperkenalkan di pasaran USA, harga $8,199.00
Selepas pasaran Eropah, Yamaha MT-07 2023 kini diperkenalkan di pasaran USA, dengan pilihan warna Cyan Storm, Team Yamaha Blue dan Matte Stealth Black. Bagaimanapun, model yang dijual dengan harga $8,199.00 (RM 36,731.52) itu hanya akan tiba di pasaran secara rasmi bermula April 2023. Untuk musim 2023, Yamaha MT-07 telah menerima beberapa naik taraf terkini yang […]
Yamaha MT-03 2023 di pasaran USA, harga $4,999.00
Model naked Yamaha MT-03 2023 bakal berada di pasaran USA bermula bulan Mac 2023, dengan harga $4,999.00 (RM 22,333.03). Tiga pilihan warnanya ialah Cyan Storm, Team Yamaha Blue dan Matte Stealth Black. Setakat ini model berkenaan kekal dengan spesifikasi sedia ada, seperti enjin bersesaran 321cc (liquid-cooled, DOHC, 4-stroke, 4 valves) dengan transmisi enam kelajuan.
Yamaha XMAX 300 2023 diperkenalkan di pasaran USA, harga $6,099.00
Model skuter terbaharu Yamaha XMAX 300 2023 sebelum ini buat pertama kalinya diperkenalkan di pasaran Eropah. Kini model tersebut tiba di pasaran USA dengan harga $6,099.00, bersamaan RM 27,185.07 mengikut kadar semasa. Namun tarikh sebenar ianya akan berada di pasaran USA ialah pada Februari 2023 akan datang, dan tersedia dalam satu pilihan warna sahaja iaitu […]
Yamaha YZF-R3 2022 diperkenalkan di pasaran Thailand, harga RM 25,997.91
Pada beberapa hari yang lepas, Yamaha YZF-R3 2022 dengan rasminya diperkenalkan di pasaran Thailand. Model berkenaan kini tampil dengan dua pilihan warna terbaharu iaitu Deep Purplish Blue Metallic dan Black Metallic, dengan harga THB 207,000.00 (RM 25,997.91). Pada bahagian teknikal pula menyaksikan Yamaha YZF-R3 2022 kini dilengkapi dengan sistem lampu LED sepenuhnya.






