Yamaha MT-03 2023 di pasaran USA, harga $4,999.00

Model naked Yamaha MT-03 2023 bakal berada di pasaran USA bermula bulan Mac 2023, dengan harga $4,999.00 (RM 22,333.03). Tiga pilihan warnanya ialah Cyan Storm, Team Yamaha Blue dan Matte Stealth Black. Setakat ini model berkenaan kekal dengan spesifikasi sedia ada, seperti enjin bersesaran 321cc (liquid-cooled, DOHC, 4-stroke, 4 valves) dengan transmisi enam kelajuan.

Ciri-ciri menarik yang melengkapi Yamaha MT-03 2023 termasuklah fork depan USD, sistem brek cakera dengan ABS dua saluran, sistem lampu LED sepenuhnya, dan panel instrumen digital LCD. Model tersebut seterusnya dilengkapi tayar depan dan belakang dalam saiz 110/70-17 dan 140/70-17, ketinggian tempat duduk 780 mm, dan tangki bahan api dengan kapasiti maksimum 14 liter.