Di pasaran Malaysia, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. merupakan pengedar rasmi untuk motosikal dan skuter berjenama SYM. Pada dua hari yang lepas, syarikat tersebut secara rasminya melancarkan skuter maxi terbaharu SYM Maxsym TL500, pada harga asas RM 35,888.00, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Category: SYM
SYM VF3i 185 LE 2020 dilancarkan dengan sistem brek ABS
SYM Maxsym TL500 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia
SYM VF185 2019 di pasaran Greece dilengkapi dengan sistem brek ABS
Untuk pasaran Greece, SYM telah melancarkan model VF185 sejak bulan Februari 2019. Model tersebut sama seperti model SYM VF3i 185 yang dijual di pasaran Malaysia, namun SYM VF185 tampil dengan kelebihan sistem brek ABS. Sementara itu untuk pasaran Vietnam, SYM Star SR 170 juga dilengkapi dengan sistem brek ABS.
SYM Star SR 170 di pasaran Vietnam dilengkapi sistem brek ABS
Jika di pasaran Malaysia terdapat model SYM VF3i 185, di pasaran Vietnam pula terdapat model SYM Star SR 170. Perbezaan di antara kedua-duanya melibatkan kapasiti enjin, di mana SYM Star SR 170 dilengkapi enjin lebih kecil 174.5cc, manakala SYM VF3i 185 mempunyai enjin bersesaran 183cc yang lebih berkuasa.
SYM VF3i 185 V2 di pasaran Malaysia, tampil dengan warna dan grafik baharu lebih sporty
SYM VF3i 185 V2 merupakan sebuah model moped dengan enjin terbesar yang ditawarkan di pasaran Malaysia ketika ini. Ianya dilancarkan secara rasmi pada tarikh 27hb. Oktober 2019. Model tersebut merupakan kesinambungan kepada model terdahulu SYM VF3i 185 yang membuat kemunculan pertama dalam bulan April 2018.






