Gambar di atas sekadar hiasan Pelancaran rasmi Super Moped Modenas 2025 masih lagi jauh dari jangkauan, namun peminat model tersebut pada ketika ini sudah tidak sabar-sabar menantikan kemunculannya.
Category: Modenas
Super Moped Modenas – bakal sendu atau bakal menjadi raja jalanan?
12 model motosikal Modenas terima penarafan 5 Bintang MyMAP
Warna baharu Modenas Z650 ABS 2024, harga asas RM 35,200.00
Selain Modenas Z250 ABS 2024, sebuah lagi model yang diperkenalkan oleh Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) ialah Modenas Z650 ABS 2024. Model tersebut kini tampil dengan skim warna baharu iaitu “Candy Persimmon Red / Noble Frame Metallic Red / Wheel Metallic Persimon Red”. Harga asasnya pula ialah RM 35,200.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Warna baharu Modenas Z250 ABS 2024, harga asas RM 20,600.00
Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) baru-baru ini telah memperkenalkan model naked Modenas Z250 ABS 2024, yang kini tampil dengan satu pilihan warna baharu “Metallic Matte Graphenesteel Grey / Ebony Frame Golden Blazed Green”. Harga asas yang ditawarkan pula ialah sebanyak RM 20,600.00, telah meningkat berbanding harga asas RM 19,500.00 bagi model tahun sebelumnya.
Modenas Kriss SG pernah dilancarkan di pasaran Malaysia
Modenas Kriss SG merupakan salah satu varian daripada model Modenas Kriss, dilancarkan di pasaran tempatan pada bulan Mac 2002. Model tersebut dikeluarkan khusus sebagai model bajet yang dijual pada harga lebih rendah berbanding model Kriss 110. SG bermaksud Serba Guna yang disasarkan untuk kegunaan peniaga.






