Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) baru-baru ini telah memperkenalkan model naked Modenas Z250 ABS 2024, yang kini tampil dengan satu pilihan warna baharu “Metallic Matte Graphenesteel Grey / Ebony Frame Golden Blazed Green”. Harga asas yang ditawarkan pula ialah sebanyak RM 20,600.00, telah meningkat berbanding harga asas RM 19,500.00 bagi model tahun sebelumnya.
Spesifikasi yang ditawarkan pada Modenas Z250 ABS 2024 masih sama. Enjinnya 248cc (parallel 2-cylinder, DOHC, 4-valve) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch. Keluaran kuasanya sebanyak 37PS @ 12,500rpm dengan tork 23Nm @ 10,000rpm. Turut melengkapi ialah tangki petrol 14 liter, sistem brek cakera dengan ABS, dan panel instrumen digital pelbagai fungsi.
Artikel berkaitan :