Super Moped Modenas – bakal sendu atau bakal menjadi raja jalanan?

Pada tahun 2025, Modenas bakal melancarkan sebuah model Super Moped terbaharu. Model tersebut kini masih dalam fasa pembangunan, dengan bantuan daripada Kawasaki.

Menurut sumber, unit prototaip Super Moped Modenas pada ketika ini sedang dibangunkan dan sedang menjalani ujian di luar negara, di sebuah negara yang terletak di benua Eropah.

Segalanya masih menjadi rahsia, dengan enjinnya dikatakan berkapasiti antara 150cc sehingga 180cc. Reka bentuknya pula dikatakan moden, dan paling penting ianya sangat sporty.

Apabila dilancarkan secara rasmi nanti, adakah Super Moped Modenas ini akan mencipta suatu sejarah baharu di dalam dunia permotoran tanah air, dan bakal menjadi fenomena?

Atau mungkinkah ianya bakal menjadi sebuah lagi model sendu keluaran Modenas? Dilancarkan dengan penuh meriah, namun akhirnya hanya terbiar sepi di kedai-kedai motosikal.

Namun itu hanyalah andaian, belum pasti akan menjadi kenyataan. Boleh jadi Super Moped Modenas akan menjadi kegilaan ramai, seterusnya merampas takhta sebagai Raja Jalanan.

Di pasaran Malaysia sejak hampir 20 tahun yang lalu, Yamaha 135LC merupakan antara model moped yang sangat popular, yang kemudiannya diikuti oleh model Yamaha Y15ZR.

Dan terkini sejak dua tahun yang lepas, Honda RS-X pula menjadi model moped yang sangat popular dan jualannya begitu laris sekali. Kelibatnya boleh dilihat di mana-mana sahaja.

Akhirnya nanti, mampukah Super Moped Modenas menjadi model moped nombor satu di kalangan peminat motosikal tempatan? Persoalan yang sukar untuk dijawab buat masa ini.

Artikel berkaitan :