Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) hari ini dengan rasminya memperkenalkan Modenas Ninja 250 Öhlins Edition 2022, yang dikeluarkan dalam edisi terhad 180 unit sahaja. Harga jualan asas untuk model berkenaan adalah sebanyak RM 20,500.00 (tidak termasuk insuran dan cukai jalan), dengan jaminan dari pengilang selama tempoh 2 tahun atau sehingga 20,000 km (yang mana tiba […]
Category: Modenas
Modenas Versys-X 250 Tourer 2023 versi CKD bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun depan
Pada bulan Oktober 2022 yang lepas bersempena dengan penganjuran MotoGP Malaysia 2022 di di Litar Antarabangsa Sepang, Kawasaki Malaysia dengan rasminya telah mempamerkan model adventure Kawasaki Versys-X 250 Tourer 2023. Model yang dipamerkan itu adalah sama dengan model di pasaran Jepun, dengan warna Pearl Matte Sage Green / Metallic Matte Carbon Gray.
Kawasaki Ninja 1000SX, Versys 1000 SE dan Z900RS 2022 kini tiba secara rasmi di pasaran Malaysia
Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) selaku pengedar eksklusif motosikal berjenama Kawasaki di pasaran Malaysia, hari ini rasmi mengumumkan ketibaan empat model CBU terbaharu di pasaran Malaysia. Model-model itu yang kini telah berada di bilik pameran terpilih dan dibuka tempahannya secara rasmi ialah Kawasaki Ninja ZX-10R, Ninja 1000SX, Versys 1000 SE dan juga Z900RS.
Kawasaki Ninja ZX-10R 2022 kini di pasaran Malaysia, harga asas RM 112,600.00
Pengedar motosikal Kawasaki di pasaran Malaysia iaitu Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS), hari ini dengan rasminya mengumumkan ketibaan model Kawasaki Ninja ZX-10R 2022 untuk pasaran Malaysia. Harga asas untuk model versi CBU itu adalah sebanyak RM 112,600.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Model tersebut kini telah berada di pusat pameran terpilih.
Adakah Kawasaki Z650RS akan dilancarkan di pasaran Malaysia?
Modenas seperti mana yang kita semua tahu, telah melancarkan model-model terbaharu keluaran Kawasaki untuk pasaran Malaysia. Bagi model-model dengan enjin di atas 650cc, Modenas melalui bahagian pengedarannya EMOS (Edaran Modenas Sdn Bhd) akan melancarkan model-model versi CBU. Model di bawah 650cc pula akan dipasang secara CKD menggunakan jenama Modenas.
Jangkaan harga Modenas Ninja ZX-25R 2023 di pasaran Malaysia, adakah hanya sekitar RM 29k?
Model sport bike yang ditunggu-tunggu selama ini, Modenas Ninja ZX-25R 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun depan. Namun tarikh sebenar pelancaran model tersebut masih belum diumumkan oleh pengedarnya Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS), namun mungkin akan berlangsung dalam suku pertama atau kedua 2023.






