Selain daripada melancarkan model terbaharu KTM RC 200 2022 dan KTM 890 Duke R 2022, KTM Malaysia baru-baru ini turut memperkenalkan model pengembaraan KTM 890 Adventure 2022 untuk pasaran tempatan. Boleh didapati dalam dua pilihan warna, harga jualan asasnya ialah RM 96,800.00, tanpa pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Category: KTM
KTM 890 Duke R 2022 kini di pasaran Malaysia, harga jualan asas RM 75,800.00
KTM Malaysia di bawah edaran Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. secara rasminya baru-baru ini memperkenalkan sebuah jentera naked kelas pertengahan terbaharu KTM 890 Duke R 2022. Tampil dengan satu pilihan warna Atlantic Blue, harga jualan asasnya ialah sebanyak RM 75,800.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
KTM RC 200 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 15,888.00
KTM Malaysia (Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd.) baru-baru ini rasmi melancarkan sebuah model sport bike terbaharu untuk pasaran tempatan, iaitu KTM RC 200 2022. Ianya ditawarkan dengan harga jualan asas RM 15,888.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan), dengan tempoh jaminan selama 2 tahun tanpa had perbatuan.
KTM 250 Duke 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, kini dilengkapi lampu depan LED baharu
KTM Malaysia pada kelmarin secara rasminya melancarkan model terbaharu KTM 250 Duke 2022 untuk pasaran Malaysia. Harga asas yang ditawarkan untuk model naked itu adalah sebanyak RM 21,500.00 sahaja, dengan dua pilihan warna yang menarik. Model tersebut kini turut dilengkapi lampu depan LED baharu yang lebih agresif dan terang.
KTM 890 Duke R 2022 diperkenalkan dengan warna terbaharu Atlantic Blue
KTM baru-baru ini rasmi memperkenalkan KTM 890 Duke R 2022, tampil dengan warna terbaharu Atlantic Blue yang tampil lebih sporty dan lebih menyerlah. Merupakan model naked kelas pertengahan yang berprestasi tinggi dan turut diberikan gelaran The Super Scalpel, spesifikasi teknikalnya bagaimanapun kekal sama seperti versi sebelumnya.
KTM 390 Adventure 2022 terima kemaskini warna baharu, naik taraf Traction Control dan rim roda baharu
Jentera kembara KTM 390 Adventure 2022 baru saja diperkenalkan, kini tampil dengan dua pilihan warna terbaharu yang lebih menarik dan sporty. Selain itu, model berkenaan turut menerima dua naik taraf baharu, yang pertama melibatkan sistem Traction Control. Sistem tersebut kini telah menerima dua mod tambahan iaitu Street dan juga Offroad.






